Selamat Datang Diucapkan Kepada Semua Pengunjung Blog Ini Segala Komen Dan Saranan Teman Teman Amat Seri Hargai

Pantun Erotik

Pantun Erotik


Pantun ini di temui ketika melayari internet. Sayang sekali saya terlupa hendak mengambil laman tersebut.

Kadang-kadang terfikir dihati, begitu banyak jenis pantun kita ada, timbul juga pantun yang agak lain, malah dari segi kategori pun tak pernah saya jumpa dimana-mana buku pantun.

Kalau diamati pantun ini, ia mengisahkan seorang lelaki yang begitu ghairah terhadap perempuan. Diluahkan perasaan tersebut melalui pantun.



Di mana Kuang hendak tidur,
Di atas batu di ruang lata;
Di mana abang hendak tidur,
Di atas susu di ruang dada.

Sakit kaki di tikam jeruju,
Jeruju ada dalam paya;
Sakit hati memandang susu,
Susu ada dalam kebaya.

Tanam padi di bukit Jeram,
Tanam keduduk atas batu;
Macam mana hati tak geram,
Menengok tetek menolak baju?


Kepada pemilik asal pantun ini terima kasih saya ucapkan.

3 Pandangan:

maharam Mei 13, 2009  

pantun ni pantun melayu tradisional. Ada dalam buku Kurik Kundi terbitan DBP...

Li Mei 13, 2009  

nice artikel teman...
keep posting yaa...

HazirahMahadzir Mei 14, 2009  

oh Tuhan!
kreatif sungguh pemantun ni..
hehee

Teman Setia

This Blog Is Proudly Sponsored By SURF7 Template Modified By Seri Bahasa Proud To Be A Kinabatangan Blogger