Tahukah anda siapa yang membekalkan White Phosphorus kepada Regim Israel? Negara yang bertanggung-jawab ialah sekutu rapatnya, iaitu Amerika Syarikat. Ini telah dibuktikan oleh Human Rights Watch yang mengatakan White Phosphorus dikeluarkan di Amerika Syarikat oleh Thiokol Aerospace pada tahun 1989.
















Tapi kita sebagai umat Islam, bolehkah menyalahkan sepenuhnya perbuatan biadab Regim Israel dan sekutunya Amerika Syarikat terhadap rakyat Palestin di Gaza?
Tepuk dada tanyalah selera? Pandanglah sekelilingmu dan lihatlah sendiri akan umat Islam bercakaran sesama sendiri bahkan sanggup berbunuhan sesama umat Islam. Kalau begitu sifat umat Islam dan tidak berubah, sampai bila pun saudara kita, rakyat Palestin akan sentiasa dianiaya oleh dua negara ini.
OIC atau Pertubuhan Islam Sedunia hanyalah gah pada nama, tapi sebenarnya begitu lemah dan tidak berupaya menangani masalah umat Islam, apatah lagi untuk menangani masalah saudara-saudara kita di Palestin. Sudah sampai masa, OIC mengubah sikap negatif agar umat Islam boleh menaruh harapan kepadanya.
Mahu diharapkan negara-negara Arab, mereka ini lebih lena dengan kekayaan daripada membantu saudara-saudara mereka di Palestin. Tahukah anda negara-negara Arab ini mempunyai senjata ampuh yang boleh melemahkan Amerika Syarikat dan Regim Israel, tapi mereka enggan melakukannya.
Dari manakah Regim Israel mendapatkan minyak kalau bukan Amerika Syarikat. Dan sumber di mana Amerika Syarikat memperolehi minyak mentah sudah tentu anda semua tahu, iaitu dari negara-negara Arab yang kaya-raya. Kenapa negara-negara Arab tidak mengunakan kelebihan ini untuk membantu rakyat Palestin.
Betapa kerdilnya Regim Israel jika dibandingkan dengan negara-negara Arab yang mengelilinginya, tapi tiada satu pun yang mahu membantu. Dan kita sebagai umat Islam hanya mampu melihat dan tahu bercakap, " Israel Kejam Israel Zionis Israel Pembunuh. " Tapi apakah kata-kata ini sudah mampu untuk membantu rakyat Palestin dari terus ditindas oleh Regim Israel? Hanya waktu akan menentukan.
Semua gambar-gambar disiar semula atas keizinan dari B'jue.
Bukti Pengunaan White Phosphorus link disini








17 Pandangan:
Kepada pembaca yang sudi memberi komen di atas kekejaman Regim Israel kerana mengunakan bom White Phosphorus keatas rakyat Palestin yang tak berdosa Seri ucapkan jutaan terimakasih.
boleh tanya g sob White Phosphorus apa sich? malkum waktu sekolah g pernah baca buku
Itulah species manusia selalu mengembangkan teknologi pemusnah masal manusia,dgn alasan utk membela diri. Kekejaman dan ke-ngeri-an akibat perang ada dimana2 dan sudah ada sejak jaman romawi. Pada zaman itupun sdh ada experiment pembuatan senjata, atau cara menghabisi nyawa orang secepat dan sebanyaknya agar menang perang secepatnya.
Manusia akan berdamai bila dpt mengendalikan hawa nafsu.
melihat rangkaian foto-foto itu...sungguh kejam rezim Israel dan sekutunya... biadab!!!
salam sobat
memprihantinkan lihat foto2 dipostingan,,,
Palestina korban keganasan Israel.
trims SERI atas infonya.
salam sobat
negara2 Islam adalah rangkaian negara terkaya di dunia, tapi juga dikenali sebagai rangkaian negara paling lemah di dunia karna amat sukar untuk bersatu.
masyarakat Islam nampaknya, pelaung slogan paling retorik didunia. tapi sulit sekali untuk membantu sesama Islam...
lihat saja bila negara Islam ditimpa bencana, negara Islam lain paling lambat membantu.
kalau nak berperang masyarakat Islam juga paling
retorik dan emotional
mari kita lihat siapa diri kita...
terima kasih seri,
Sesungguhnya Yahudi dan nashrani tidak akan berhenti sebelum kita umat islam mengikuti agama mereka...
Terus upgrade, training, dan istiqomahkan diri kita di jalan Allah, persiapkan mental dan raga, untuk menghadapi mereka...
http://alloh-only.blogspot.com
sebenarnya mereka ini adalah bangsa yang dilaknat dimuka bumi. mereka dianugerakan kepandaian dan harta dunia, tapi mereka mengunakan kelebihan itu untuk melakukan kemusnahan di muka bumi ini.
israel mmg kejam..
masalah agama memang paling susah di muka bumi ini,masing masing claim agama mereka bener dan tak menghormati yg lain,terutama itu israel sudah terlalu kejam.....semoga semua umat muslim di muka bumi ini bisa bersatu utk melawan israel yg kejam.
masya Alloh... semoga oleh memberikan balasan yang setimpal...
Saya sangat setuju dengan perbincangan ni...umat Islam selalu pandang hadapan tanpa toleh ke belakang..selalu tinggalkan umat Islam yang lain..kadang tu sanggup buat apa jer utk terus ke hadapan...ke hadapan yang bukan suatu tempat sebenar yang harus mereka tuju..tapi kehadapan untuk kepentingan mereka sendiri..
Masya Allah...sadis amat..!!
btw, permainlink itu beda lo dgn link anchor..
klo permainlinki link kita selalu ada di postingan sobat blogger kita yg lain dan tidak bisa d hapus. coba seri liat di salah satu postingan hitsuke..lalu liat di bawah kotak komentar ada tulisan "Link to this post" trus klik link "create a link" dgn ini link seri akan selalu berada di postigan_a hitsuke ^_^
mengapa israel bisa berbuat sekejam itu...?
Apa salah orang palestina...?
Hi, I have seen really unbelievable pictures.
God help you. Hopefully this case will be terminated.
see you soon.
udah tuh..saya udah follow..hehehhe
Subhanallah...Allahu akbar ... segini rupa kekejaman itu ?? Ya...Allah tidak kah engkau melihat ini... tunjukkan kebesaran mu ya Allah..
Catat Ulasan