Selamat Datang Diucapkan Kepada Semua Pengunjung Blog Ini Segala Komen Dan Saranan Teman Teman Amat Seri Hargai

Kurik Kundi Merah Saga (Kasih Sayang/Cinta I)

Kategori Kasih Sayang/Cinta (I)


Ikan buntal tidak bersengat,
Mari jatuh atas titi;
Tepuk bantal panggil semangat,
Ingin bersua dalam mimpi.

Ikan kelah mudik ke hulu,
Ikan keli naik ke darat;
Zaman setelah zaman dahulu,
Orang berjanji jangan diharap.

Ikan haruan ikan liar,
Paya mana tuan tetakkan;
Jikalau abang pergi belayar,
Di mana saya hendak diletakkan?

Ikan kelah mudik ke hulu,
Ikan keli naik ke darat;
Zaman setelah zaman dahulu,
Orang berjanji jangan diharap.

Ikan keli silimbat batang,
Pinang muda dari Patani;
Lepas saya tali panjang,
Punca ada dimarahnya kami.

Ikan lumba timbul tenggelam,
Timbul tenggelam di Tanjung Jati;
Tidak kutahan siang dan malam,
Dalam tidur menjadi mimpi.

Ikan puyu melompat-lompat,
Lompat mari sawah padi;
Macam mana muka tak pucat,
Baru demam pagi tadi.

Ikan selangat dua serupa,
Yang satu ikan selayang;
Adik kasih abang tak lupa,
Sama-sama berkasih sayang.

Ikan selangat ikan bertulang,
Belah belakang ambil hatinya;
Kus semangat tuan seorang,
Pusing belakang banyak gantinya.

Ikan selangat ikan sembilang,
Tebuk belakang ambil hatinya;
Kus semangat tuan seorang,
Pusing belakang banyak gantinya.

Ikan selangat ikan mungkul,
Belah belakang dipanggang hati;
Ayuh semangat jangan masyghul,
Buang belakang ada ganti.

Ikan selangat ikan sembilang,
Tebuk belakang ambil hatinya;
Kus semangat tuan seorang,
Tolak belakang ada gantinya.

Ikan sengat ikan sembilang,
Tebuk belakang ambil hati;
Kus semangat abang seorang,
Tolak belakang ada ganti.

Ikan sepat di Parit Baru,
Sayur manis di Tanah Bawang;
Sudah dapat sahabat baru,
Dalam manis saya terbuang.

Ikan sepat di Paya Baru,
Campur dengan lampam Siam;
Sudah dapat sahabat baru,
Saya terbuang dalam diam.

Ikan sepat ikan sembilang,
Anak pari dalam raga;
Kalau tak dapat masa sekarang,
Kemudian hari ambil juga.

Ikan sepat mudik ke hulu,
Lumba-lumba mudik berkawan;
Saya berhajat dari dahulu,
Hendak berlumba denganmu tuan.

Ikan talang dalam belanga,
Mari bercampur dengan pelotan;
Alangkah malang nasibnya bunga,
Dilanyak kumbang jadi belacan.

Ikan temenung ikan tenggiri,
Ikan mati kena tuba;
Duduk termenung seorang diri,
Orang ditunggu tak kunjung tiba.

Ikan terubuk dua sekawan,
Sungguh sedap dimasak kari;
Bukan saya mabuk sebarang,
Saya mabuk menahan hati.

Ikan todak ikan haruan,
Pembungkus gelama daun keladi;
Awan berarak hamba tangiskan,
Kenangan lama menghiba hati.

Ikat-ikat daun mengkudu,
Hilang Melayu bergalang dada;
Duduk dekat rasa malu,
Hilang malu kerana muda.

Indah-indah bawa bertandang,
Pucuk pauh kicap manis;
Rindu siang bawa bertandang,
Rindu malam bawa menangis.

Inderagiri pasirnya lumat,
Garam bercampur dengan lokan;
Umpama nabi kasihkan umat,
Begitulah saya kasihkan tuan.

Inderagiri pasirnya lumat,
Kerang bercampur dengan lokan;
Sebagai nabi kasihkan umat,
Begitulah hamba kasihkan tuan.

Inderagiri pasirnya lumat,
Kerang bercampur dengan lokan;
Bagai nabi kasihkan umat,
Begitu saya kasihkan puan.

Inderawan batangnya putih,
Batang selasih tidak berbunga;
Bawah awan di langit putih,
Tuan berjanji tidak melupa.

Ingat puan ingat selasih,
Ingati kembagau berambu-rambu;
Tinggal tuan tinggal kekasih,
Ada hayat baru bertemu.

Inginkan hidup permata nilam,
Jatuh tersorok batang entimu;
Tuan rindu pandang ke bulan,
Di dalam bulan kita bertemu.

Intan baiduri di dalam puan,
Gelang suasa dalam raga;
Bila kupandang wajahmu tuan,
Bagai terpandang pintu syurga.

Intan dingin isinya dingin,
Dingin tidak berbau lagi;
Puan ingin tiada ingin,
Ingin tiada baharu lagi.

Intan terpilih tercabut sarung,
Disambarlah oleh dewa alperi;
Puas kupilih di dalam kampung,
Baru mendapat si jantung hati.

Isi mengisi dalam celepa,
Hendak berisi haruman padi;
Kalau sekali tidak mengapa,
Jangan sahaja mendua kali.

Itik belang pekaka belang,
Turun mandi di tepi pantai;
Adik seorang abang seorang,
Kita mati bertindih bangkai.

Itik bukan ayam pun bukan,
Anaklah angsa memakan bertih;
Adik bukan abang pun bukan,
Sajalah saya hati nak kasih.

Itik terbang gugur bulu,
Itik terbang dari gua;
Jangan adik menanggung rindu,
Sampai masa bertemu juga.

Itik-itik di Kampung Cina,
Buah mempelam masak bercahaya;
Adik-adik abang bertanya,
Berapa bulan kasihkan saya?

Itu budak dua kelasi,
Boleh tidak belayar kapal;
Itu kain dua serasi,
Boleh tidak bertukar pakai.

Iya sungguh dimakan api,
Bunga kemboja Padang Seberang;
Iya sungguh ditinggal laki,
Apa peduli pada abang.



Dipetik Dari Buku Kuri Kundi Merah Saga Terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka

7 Pandangan:

Zool World April 22, 2010  

Daripada lalu di depan Jam Gadang
Eloklah lewat di Jenjang Empat Puluh
Daripada malu di bawa pulang
Eloklah melarat di rantau jauh

Rizky2009 April 23, 2010  

lama tak berkunjung kesini, ketinggalan jauh deh, oy sri aq denger vokalis band "ACHIK-SPIN" meninggal dalam sebuah kecelakaan yah. SPIN a/ salah satu BAND dari malaysia favorit aq selain eye, new boys, lestari, spranza, fahrenheit, slam, arrow, scoin, dll. hampir semua lagu2 mereka aq hafal, apalagi lagunya SPIN "Utusan Rindu" aq hanya bisa ucapin selamat jalan aja, tinggal kenangan deh

Bukan Sekedar Blogger Bertuah April 23, 2010  

good post..salam ukhuwah...dan sebagai sarana silaturahim saya sudah pasang link blog ini diblogroll "sahabat-sahabat ku dimalaysia" disidebar kanan dibawah follower...tukaran link ya sebagai sarana persahabatan sesama blogger..banyak silaturahim banyak rejeki dan peluang..bener gak? terima kasih sahabat

sal April 24, 2010  

salam'
"Tuan rindu pandang ke bulan,
Di dalam bulan kita bertemu."

yelah tu dek seri...harap2 bahagia hingga ke anak cucu..Amin..

tehr April 25, 2010  

hujan ribut di tengahari,
petir berdentum hingga ke malam,
singgah menyibuk di blog seri,
membawa senyum bersama salam.

kartu kredit April 25, 2010  

Waduh keren nich pantunya....boleh tahu tentang apa ya...?

negeriads.com solusi berpromosi April 25, 2010  

paman datang dari negeri seberang
meski inet lelet tetap menyebrang

Teman Setia

This Blog Is Proudly Sponsored By SURF7 Template Modified By Seri Bahasa Proud To Be A Kinabatangan Blogger