Selamat Datang Diucapkan Kepada Semua Pengunjung Blog Ini Segala Komen Dan Saranan Teman Teman Amat Seri Hargai

Pantun Dua Kerat


Ada beras taruh dalam peti,
Ada hajat taruh dalam hati.

Ada ubi ada batas,
Ada budi boleh dibalas.

Anak dara pergi ke kedai,
Rindu di hati rasa nak longlai.

Ayam bulat makan padi beras,
Bangun lambat dapat laki malas.

Buah beluluk buah kepayang,
Akan mabuk buang sayang.

Banyak udang banyak garam,
Banyak orang banyak ragam.

Berniaga buluh kasap,
Untung habis modal lesap.

Buah beluluk buah kepayang,
Dimakan mabuk dibuang sayang.

Cekur dang gamit,
Mintak cekur beri kunyit.

Dahulu parang sekarang besi,
Dahulu sayang sekarang benci.

Daripada cempedak biarlah nangka,
Daripada tiada baiklah ada.

Duduk inding enggang tap,
Senduk di dinding, panggang di atap.

Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati.

Guni kapur kirim pak mertua,
Nyanyi di dapur kahwin orang tua.

Hujung bendul dalam semak,
Kerbau mandul banyak lemak.

Ikan tokak makan meranggung,
Sedap tekak badan menanggung.

Kalau padi taruh sama beras,
Kalau tak mati boleh balas.

Kalau tak cengal giam,
Kalau tak kenal diam.

Kapal belayar dalam semak,
Perut lapar semua lemak.

Kayu bongkok di balik tiang,
Ayam berkokok alamat nak siang.

Kayu lurus tengah ladang,
Kerbau kurus banyak tulang.

Kembang jarak kembang jagung,
Berani bawak berani tanggung.

Keli masuk ruan keluar,
Matahari masuk bulan keluar.

Kura-kura dalam perahu,
Pura-pura tidak tahu.

Lain dulang lain kakinya,
Lain orang lain hatinya.

Lain hulu lain parang,
Lain dulu lain sekarang.

Lima,enam,tujuh dan lapan,
Kuat bersenam sihatkan badan.

Murai gila jadi tekukur,
Ajaib hairan hati tafakur.

Orang berbudi kita berbahasa,
Orang memberi kita merasa.

Pagi petang siang malam,
Hati terang senang faham.

Paku dulang paku serpih,
Mengata orang dia yang lebih.

Pinggan tak retak nasi tak dingin,
Orang tak hendak kami tak ingin.

Pat-pat nya,
Siapa cepat dia punya.

Pokok tinggi buruk akar,
Matahari tinggi perut pun lapar.

Ratib-ratib buluh nipah,
Sudah ratip hendak upah.

Satu dua tiga empat,
Siapa cepat dia dapat.

Sebab pulut santan binasa,
Sebab mulut badan binasa.

Secupak nasi setahil berangan,
Tersepak kaki, terkehel tangan.

Siakap senohong, gelama ikan duri,
Bercakap bohong, lama-lama mencuri.

Sici, loro, telu, papat,
Melayu lari Jawa dapat.

Sudah garahu cendana pula,
Sudah tahu bertanya pula.

Tuku takal pengancing pintu,
Budak nakal memang begitu.

Taptibau puyuh padang,
Hilang pisau berganti parang.

Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh mahu lagi.

Tinggi rendah panjang lebar,
Pergi sekolah mesti belajar.

Tua-tua keladi,
Makin tua makin menjadi.

Tak tumbuh tak melata,
Tak sungguh orang tak kata.

Umbut mayang letak di batu,
Rambut mengerbang banyak kutu.

17 Pandangan:

Cheqna Jun 25, 2010  

Salam Seri,

Kaki diikat tidaklah kuat,
Hari Jumaat ziarah sahabat.

:-)

tehr Jun 25, 2010  

salam singgah petang jumaat
singgah berpantun dua kerat

catatan baru saya: Kisah Rumah Tangga

radja bontang Jun 25, 2010  

wah baru tahu kawan kalau rambut mengembang banyak kutu ha..ha..ha...

al-basri Jun 26, 2010  

salam,
yang ini nampak lebih senang ya.
tapi yang biasa kita dengar 'tua-tua keladi...haha

terima kasih seri

yek Jun 28, 2010  

salam kak seri...
pendek dan padat pantun 2 kerat. Mendalam semua maksud semua tu.

cyberworlds Jun 28, 2010  

www.cyberworlds.at.ua berkunjung di tengah malam.

Nur Su'aidah Jun 29, 2010  

ku tahap tak reti agaknya berpantun ni :)
good one!

heafy Jun 30, 2010  

Nice poem my friend..

oempak Julai 01, 2010  

I saw a talent here :)

Paksu-IT Julai 02, 2010  

wah.. banyak betul.. sampai kebawah bace pantun.. tegelak sorang2 pon ada... :)

suffian Julai 03, 2010  

wahh.. bagus lah..
teruskan mcm berblog...

rayban wayfarer Julai 12, 2010  

bagus blog ini keep update

Bang Yoyonk Ogos 18, 2010  

kalau hujan memakai payong
kalau tak pakai badan jadi basah
salam kenal dari bang yoyonk
kepada tuan seri bahasa

Story in Indonesian Songs September 28, 2010  

Kalau boleh mau lagi
datang kesini sekali lagi

zmah Oktober 26, 2010  

Hari-hari datang komen,
Salin nota...pinjam ,salin

Teman Setia

This Blog Is Proudly Sponsored By SURF7 Template Modified By Seri Bahasa Proud To Be A Kinabatangan Blogger