Selamat Datang Diucapkan Kepada Semua Pengunjung Blog Ini Segala Komen Dan Saranan Teman Teman Amat Seri Hargai

Pantun Enam Kerat


Anak memerang memakan sagu,
Di perdunya mula diterang,
Waktu hari kabur kelala;
Anak orang jangan diganggu,
Kalau suka masuk meminang,
Supaya namamu tidak tercela.

Banyak kuda makan di padang,
Kudanya tua-tua belaka,
Berjalan pun perlahan-lahan;
Banyak muda sudah kupandang,
Semuanya elok-elok belaka,
Tak sama adik pilihan.

Bangau lantak terbang sekawan,
Tegak terdiam di pematang,
Naik ke pulau semuanya.
Kalau tidak kerana Tuan,
Tidak badan kembali pulang,
Baik di rantau selamanya.

Bergayut-gayut si anak ungka,
Cukup takut bila dimandi,
Lari keluar masuk ke kota.
Sayang saudara masa bersuka,
Sayang emak sayang abadi,
Sayang kekasih masa bercinta.

Belayar perahu membawa kuini,
Ke Tanjung Jati mengadap Paduka,
Bunga kemboja sembah berkarang;
Kalaulah tahu jadi begini,
Tidaklah hati dibawa berduka,
Ku pilih saja orang lain.

Bila gelap pasang pelita,
Namun hari masih cerah,
Di luar masih terang cahaya;
Jika sudah begitu dipinta,
Hutang darah dibayar darah,
Hutang nyawa, nyawa padahnya.

Bukan kesumba pakaian raja,
Kesumba pakaian Sultan,
Sultan Yang Dipertuan Muda;
Bukan hamba ke mari sengaja,
Ke mari membawa pesan,
Perintah tak boleh ditunda.

Di ranting onak bukan jerami,
Jerami kusut dibelit akar,
Bertiup angin menghembus debu;
Yang penting anak bukan suami,
Suami sanggup bersalin tikar,
Anak mana menukarkan ibu?

Elok ditanamkan padi,
Selang dengan anak pisang,
Biar nampak sebidang huma;
Penyayangkah orang di sini?
Terima menumpang anak dagang,
Mujur-mujur boleh diguna.

Jalan kaki berbatu-batu,
Pergi mencari si anak kuda,
Lepas lari terus hilang;
Ingatlah pesanan cikgu,
Tuntut ilmu selagi muda,
Bila tua barulah senang.

Kuda liar berkeliling kota,
Kota terbuat dari kayu,
Tempat berkawal lasykar Feringgi;
Kami mendengar khabar berita,
Bunga kembang sudah pun layu,
Gugur ke bumi tak harum lagi.

Lada dan santan dalam gulai,
Beri tambahan daun salam,
Sayur buat pemakan nasi;
Selama badan kita bercerai,
Nasi dimakan rasa sekam,
Air diminum rasa duri.

Pandan berbunga sekali,
Anak harimau kena ipuh,
Destar tertenggek di kepala;
Jalan daratan dilalui,
Berbagai bahaya ditempuh,
Di sini kita bersua pula.

Penakik pisau raut,
Ambil galah sebatang lintabung,
Seludang dijadikan nyiru;
Setitik dijadikan laut,
Sekepal dijadikan gunung,
Alam terbentang dijadikan guru.

Rama-rama di surau gedang,
Surat jatuh kebalik tabir,
Pipit senandung makan padi;
Selama tuan di rantau orang,
Ubat jauh penyakit hampir,
Sakit ditanggung seorang diri.

Sultan Muda dari Lampung,
Memikul cangkul dengan bajak,
Singgah minum di lepau nasi;
Sudah sekah tempat bergantung,
Telah patah tempat berpijak,
Kemana hendak digapai lagi?

Ular tedung jangan dipermudah,
Biasanya dapat membawa maut,
Jika tidak maut merana juga;
Berhujan panas aku tak endah,
Keris lembing aku tak takut,
Kehendak hati kuturut juga.

Kuda liar berkeliling kota,
Kota terbuat dari kayu,
Tempat berkawal lasykar Feringgi;
Kami mendengar khabar angin,
Bunga kembang sudah pun layu,
Gugur ke bumi tidak harum lagi.

Penakik pisau raut,
Ambil galah sebatang lintabung,
Seludung dijadikan nyiru;
Setitik dijadikan laut,
Sekepal dijadikan gunung,
Alam terbentang dijadikan guru.

Sultan Muda dari Lampung,
Memikul cangkul dengan bajak,
Singgah minum di lepau nasi;
Sudah sekah tempat bergantung,
Telah patah tempat berpijak,
Ke mana hendak digapai lagi.

15 Pandangan:

sal Jun 15, 2010  

salam.cantiknya pantun...

tehr Jun 15, 2010  

piala dunia sedang berlangsung
di hujung dunia afrika selatan
peminat pula bersengkang mata
datang ke sini niat berkunjung
bertanya khabar ziarah rakan
apakah tuan sihat sejahtera?

Hanna Pertiwi Jun 15, 2010  

saya datang dari seberang
kunjungi rekan tuk sampaikan kabar
semoga rekan baik-baik saja
pantun enam kerat sungguh memikat...

al-basri Jun 15, 2010  

hehe, saya lihat orang lain ikut berpantun juga.
rasanya pantun enam kerat lebih susah, tapi lebih menarik..

Cheqna Jun 15, 2010  

hehehe...ada juga pantun disambut..bijak, bijak..

:-)

etam grecek Jun 16, 2010  

enak nh di dengarnya

M!Er4N Jun 16, 2010  

pantun enam kerat ni macam susash sikit berbanding pantun 4 kerat :)

RADJA BONTANG Jun 16, 2010  

memang pantun enam baris susah dibuatnya kawan biasanya pantun hanya empat baris kalau di indonesia ada pantun sampai 8 baris dan 13 baris

tomo Jun 17, 2010  

pantunnya panjang sekali gan

hikmah Jun 17, 2010  

mampir kemari

Stargone Jun 18, 2010  

Bagus ni.. aku sekarang ni memang dah tak reti berpantun sangat.

wadud@duad Jun 18, 2010  

nanti bile2 wadud amik la pantun nieh wat belajar2..hehehe.. salam kenal.. :)

komen wadud kat sini ok :

http://slumberblogger-freedownload.blogspot.com/2010/06/syurga-atau-neraka.html

CindeNian Jun 18, 2010  

wah pantun 4 baris aja susah bagiku apalagi 6 baris, maklum aku bukan melayu kawan.. :)

Tanpa Nama,  Disember 05, 2010  

I’ve recently started a blog, the information you provide on this site has helped me tremendously. Thank you for all of your time & work.

Teman Setia

This Blog Is Proudly Sponsored By SURF7 Template Modified By Seri Bahasa Proud To Be A Kinabatangan Blogger