Selamat Datang Diucapkan Kepada Semua Pengunjung Blog Ini Segala Komen Dan Saranan Teman Teman Amat Seri Hargai

Pantun Lapan Kerat


Bagus rupanya bunga melur,
Putih rupanya bunga pinang,
Berukir bertangkai perak,
Permainan raja perempuan;
Cawan, cerek sudah teratur,
Pinggan, mangkuk sudah terhidang,
Penganan mulia sudah terletak,
Samalah duduk kita makan.

Buat bangsal di tengah hutan,
Tebas hutan jadikan taman,
Tengah halaman tanam kandis,
Di selang dengan asam paya;
Biar sabar dengan perlahan,
Itu tanda orang beriman,
Tidak takut digoda iblis,
Akhirnya kamu akan berjaya.

Dini hari melawat pusara,
Bawa merbah bersama emas,
Nenas terletak tepi belana,
Belanga China bersalut arang;
Benihku cari disemai mesra,
Semaian bercambah menjelma tunas,
Kemudian subur indah berbunga,
Malangnya bunga di getu orang.

Korek perigi di parit seberang,
Tepi parit tumbuh mengkudu,
Berselang dengan pohon puding,
Hidup subur kanan dan kiri;
Tuan pergi dagang seorang,
Tiada saudara tempat mengadu,
Tiada saudara tempat berunding,
Pandai-pandai membawa diri.

Naik gunung Rimba Kelibut,
Ke rimba berkayu jati,
Kayu sedang banyak berbuah,
Bercampur dengan kayu kamat;
Gagap gentar hamba menyebut,
Penghulu banyak yang sakti,
Tuanku banyak yang bertuah,
Alim ulama banyak yang keramat.

Orang belayar dalam perahu,
Haluan menuju ke Batu Bara,
Sarat bermuat kain kapas,
Kapas dibawa dari barat;
Kasih tuan hambalah tahu,
Bagai orang menggenggam bara,
Rasa hangat hendak dilepas,
Begitu benar kias ibarat.

Sarang merbah di celah dahan,
Tempat punai bermain di situ,
Berkejar-kejaran anak rusa,
Tampak dari tanah seberang;
Bersyukur aku kepada Tuhan,
Kalau nasib memang begitu,
Akan merana sepanjang masa,
Harap pada kasihan orang.

Siapa berlangir di tepian,
Biarlah sama-sama pulang,
Ikut jalan ke lembah,
Melalui tanah yang rata;
Kekanda berlayar ke lautan,
Tak gentar mara yang datang,
Adinda tinggal di rumah,
Tidur bertilam air mata.

Sudah penat berjalan kaki,
Seluruh badan terasa uzur,
Tak tahan lagi diuji,
Tempatnya jauh dihujung lembah.
Pantang saya anak lelaki,
Kalau melangkah kembali undur,
Tidak gentar sebarang diuji,
Kental, azam, yakin dan tabah.

Tajak-tajak perdu serai,
Habis tertajak lalang-lalang,
Lebar kawasan cuma sedepa,
Tempat bertanam pokok kacang;
Sejak mula hamba sampai,
Tidak putus dirundung malang,
Fitnah datang bertimpa-timpa,
Namun iman tak pernah goncang.

19 Pandangan:

tehr Julai 04, 2010  

pak dolah menahan bubu,
dapat seekor anak belut,
sunggh enak dimasak kari,
buat hidangan untuk keluarga;
jangan dilupa pesan ibu,
di mana jua ilmu dituntut,
buat bekalan kemudian hari,
semoga hidup nanti bahagia

catatan baru saya: Mr. Happy

radja bontang Julai 04, 2010  

bukan kacang sembarang kacang
kacang melilit dikayu jati
bukan datang sembarang datang
datang melihat sahabat sejati
ambil obat ditanah bontang
bakar dupa di malam hari
kalau saya tak kunjung datang
jangan lupa kunjungi saya lagi

etam grecek Julai 04, 2010  

bunga tumbuh indah bersemi
hati luka jadi gembira
mari kita menyambung silaturahmi
sebagai tanda kita bersaudara

etam datang dari bontang
dengan kata terpatah-patah
karena saya mau pulang
tinggalkan pantun barang sepatah

Hanna Pertiwi Julai 05, 2010  

kunjungan maslam membaca puisi sahabat..

yastro Julai 05, 2010  

Yas pun nk cuba berpantun gak arr...he3!!!

Bulan islam bulan zulkaedah
Bulan omputeh sy x ingat dah
Hajat dihati cuma nk nyinggah
tertarik lak ngan pantun yg indah..

he3!!! Lame dh x wat pantun nihhh...

engtaukia Julai 05, 2010  

pantun buat sendiri? hebat~!

AiN Z Julai 06, 2010  

awak buat sendiri ke seri? hebatnye..

Zikr the Jalanan Sepi Perantau Julai 06, 2010  

wah hebat2 semua berpantun..hehe

Fair Play Fifa World Cup Julai 06, 2010  

sedap.. bagus pantunnya nih

Shiela Latif Julai 06, 2010  

sukernyer ngan pantun2 seri nie... :)

Hamzah Ian Julai 07, 2010  

haha!! lame tak dengar pantun

buku kecilku Julai 07, 2010  

wah, pantunnya bagus... :)

Amri Rani Julai 08, 2010  

wah, semua menyambung pantun tu,
cuma aku saja no idea...
bagus2....

jack Julai 08, 2010  

nukilan terbaik. hasil ciptaan sendiri seri?

al-basri Julai 09, 2010  

salam,
rasanya ini pantun yang paling susah untuk dicipta. saya cuba hafal ni...hehe

terima kasih

pengumpulblog Julai 10, 2010  

bagus banget pantun nya seri. Hik...Lain kali saya berpantun dengan seri.

yahaya Julai 11, 2010  

saya x pandai pantun tumpang baca saja

Teman Setia

This Blog Is Proudly Sponsored By SURF7 Template Modified By Seri Bahasa Proud To Be A Kinabatangan Blogger