
Dah hantar kat technician tapi nak tunggu seminggu. Ini yang aku lagi sakit mana nak korek duit, kerja pun belum. Nak guna duit abang Nuff dan Innity belum pernah cashout lagi.
Macam aku yang asyik lepak kat depan komputer hampir-hampir putus kaki tak boleh buat blogwalking. Tapi memang nasib aku masih ada spare laptop yang aku boleh guna. Yang sedihnya aku tak boleh update semua blog-blog aku kerana semua data-data simpan di komputer peribadi (PC).
Oh...Ya...Ini posting Seri yang keberapa??? Sebenarnya Seri cemburu sangat kat bloger-bloger baru sekarang. Mana tidak, baru 3-4 bulan blogging, posting sudah mencecah lebih 100. Kadang Seri terfikir juga macamana mereka boleh buat begitu. Seri yang dah dekat 2 tahun blogging masih kempunan nak capai 100 posting.
Teringatkan Seri seorang teman dari Indonesia yang berjaya membuat lebih 300 posting dalam setahun, hebat betul dia. Tapi Seri pernah terdengar juga seorang member yang mengeluh kerana kehabisan idea nak buat posting. Dulu waktu artikel dia banyak tak pandai nak slow asyik tekan minyak, dia ingatkan minyak tak pandai habis hi..hi..hi..
Pasal laptop ni, Seri nak bagi nasihat sikit sebab dalam masa 3 hari guna dah 3 kali format, apa sebab dia? Untuk laptop ni Seri guna WINXP SP2 PRO. Masalahnya hanya boleh di guna selama 180 hari atau 6 bulan, lepas tu nak format lagi.

Baru-baru format, Seri tukar ke WINXP 2002 SP3. Sudah selesai baru timbul masalahnya. Seri guna Moxilla Firefox 3.0.10, bila update langsung tak boleh buka terpaksa uninstall dan install balik 3.0.10. Untuk pengetahuan, Seri guna Aspire 4530, siapa-siapa yang boleh beri penjelasan? Satu lagi bila type huruf ada yang keluar terbalik.
Nak tahu??? Ini posting Seri yang ke 99. Nampaknya tinggal satu lagi. Semoga tiada aral melintang akan tercapai hasrat Seri nak dapat angka 100.
Mulai bulan Ogos 2010, Blog Seri Bahasa akan di ambil alih oleh administrator baru. Dia akan mengantikan tempat seri blogwalking. Tapi semua posting akan seri lakukan sendiri.
Terpaksa Seri lakukan kerana nak tumpukan dalam pelajaran selama setahun. Sesiapa nak tanya tentang masalah blog atau SEO boleh tanya dia. Dia lebih pakar dari Seri sebab Blog Seri Bahasa dia yang buat dulu sebelum menyerahkan kepada Seri.
Kepada semua member-member yang sering datang ke blog Seri, Seri harap dapat memberi kerjasama dan apa-apa bantuan yang di perlukan.








18 Pandangan:
dua tiga kucing berlari
satu terlanggar pokok kelapa
siapa sahaja jadi pengganti
segalanya kami sedia terima
wah... moga postingan ke 100nya segera tercapai ya sobat... tetap semangat ya!!!
moga2 tercapai ye seri..xpe, walaupun bertukar admin..blog seri ttp unggul..:)
aku sudah 100 lebih posting.
Blogging dari tahun 2008.
Moga mencapai 100 posting
tetap semangat dan tak pandang keluh
hmmm....dah 2 tahun,,,posting baru 100..??
aku baru 6 bulan udah sekitar 200...!!!
mungkin karena aku banyak upload software
makanya banyak buat posting,,,hehehehehe..
postingan ke 100 d'tunggu ya..... ^_^
blog seri sangat menarik seronok membaca artikel disini
salam,
saya dah lebih setahun blogging, tapi posting masih 78..haha
nak tanya sikit, administrator baru tu, lelaki atau perempuan? bukan apa2, sekadar bertanya...hehe
visitor hariannya banyak sob...caranya gmn biar bisa gitu?
aku gx pahan sob...tunggu comment baliknya yah
UV nya banyak banget, saya paling 100 taksampai, tapi alexa bisa lumayan.. saya 1 th baru 100 post juga he he.. keep spirit :)
PAsti bisa teman, tetap semangat!!!
Salam kenal Seri,
Selamat melanjutkan pelajaran anda kembali dan tercapai hasrat utk posting yng 100. semoga blog ini terus manju dgn sokongan yg baru.
salam seri.
Tak apa seri. Lain masa Nanti kita akan blogwalking sama-sama. Hik...Semoga seri berjaya dalam pelajaran. Nanti kat tempat seri blajar dapat juga blogwalking kan. Hahaha...Saya rasa bertuah sebab mengenali seri walaupun di alam maya. Blog seri juga menarik. Tak kering gusi membaca. Ada-ada saja pantun sini-sana.
Terima Kasih Seri.
tetap semangat seri...terus berkarya,,,,
mampir di blog ku, ada sedikit cerita menarik disana
Selamat belajar Seri..semoga ceria selalu!!!
Insyaallah tetap akan dtg selalu ke sini jugak!!!
salam kenal buat admin baru....
buat serinya semoga sukses ya...
uih, monitor tak boleh on ek.. monitor ni kalau problem mesti mahal kan nak repair.
kenapa laptop seri kena format setiap 6 bulan? leceh la macam tu. tak berminat nak guna linux ubuntu?
SELAMAT BELAJAR AJA SAHABAT, SENANG MENERIMA ADMIN BARUNYA BERKUNJUNG NANTI!
bukan angkara virus ke seri?
Catat Ulasan