Selamat Datang Diucapkan Kepada Semua Pengunjung Blog Ini Segala Komen Dan Saranan Teman Teman Amat Seri Hargai

Hayati Hari Kemerdekaan

Pengistiharaan Kemerdekaan


Pengistiharaan kemerdekaan Malaysia di adakan bertempat di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957 oleh Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Tunku membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka".


Bendera Malaysia



Pencipta Bendera Malaysia


Bendera Malaysia atau lebih di kenali sebagai Jalur Gemilang. Penciptanya mungkin ramai yang masih tak tahu terutama generasi baru. Bendera Malaysia dicipta pada tahun 1947 oleh Allahyarham Mohamed Hamzah. Buat pertama kalinya Bendera Malaysia di naikkan pada 31 Ogos 1957.

Logo Hari Merdekaan Ke53

Lagu Rasmi Hari Kemerdekaan Ke53

Lagu 1Malaysia

Berdiri teguh di bumi nyata
Untuk Semangat Satu Malaysia
Sepakat Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan

Perpaduan Merapat-rapat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

(Korus)

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan

Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

(Ulang Korus 2x)

Satu Malaysia untuk semua

Pencipta Lagu : Nik Nizam
Penulis Lirik : Lokgha



Perdana Menteri Malaysia


01 - Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Bapa Kemerdekaan) (1957–1970)

02 - Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein (Bapa Pembangunan) (1970–1976)

03 - Tun Hussein bin Dato' Onn (Bapa Perpaduan) (1976–1981)

04 - Tun Dr. Mahathir Mohamad (Bapa Pemodenan) (1981–2003)

05 - Tun Abdullah Ahmad Badawi (Bapa Pembangunan Modal Insan) (2003–2009)

06 - Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak (Bapa Transformasi[perlu rujukan])(2009–kini)



Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan


Kepada semua rakyat Malaysia Seri Bahasa mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke53. Sama-sama kita berdoa agar negara kita yang tercinta, Malaysia sentiasa kekal dalam keadaan harmoni.
Readmore

Mutiara Kata Pilihan

01 - Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”.

02 - Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan.

03 - Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau. (Saidina Umar Al-Khattab)

04 - Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya.

05 - Rasulullah bersabda bermaksud: “Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya.” Hadis riwayat al-Hakim.

06 - Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.

07 - Harta tidak akan berkurang kerana sedekah dan melakukan amal.

08 - Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia.

09 - Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

10 - Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.

11 - Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama.

12 - Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu. (Aflatun)

13 - Jambatan menjadi penghubung antara dua buah kampung, perkahwinan menjadi penghubung antara dua insan dan anak menjadi penghubung antara ibu dan ayah.

14 - Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza. Semalam kanak-kanak. Hari ini remaja. Dan esok, hari tua. Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna.

15 - Jika anda menyayangi seseorang itu kerana Allah, maka janganlah bertengkar dan berbalah dengannya. Janganlah menanyakan sesiapa tentangnya, kerana orang yang ditanya itu mungkin memberitahu anda perkara yang mengelirukan yang boleh menghalang perhubungan anda dengan orang itu.

16 - Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, “Setiap mata akan menangis pada hari kiamat kecuali mata yang menutup dari melihat sesuatu yang haram, mata yang berjalan malam dalam jihad pada jalan Allah dan mata yang menitiskan air mata sekali pun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah.” (H.R Abu Naim)

17 - Selemah-lemah manusia ialah orang yangg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari. ( Saidina Ali)

18 - Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yang diwarisi dari nenek moyang. (Saidina Ali)

19 - Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya.

20 - Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.

21 - Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan. (Andre Colin)

22 - Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka. (Soekarno)

23 - Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk Negara. (Abraham Lincoln)

24 - Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji. (La Roche)

25 - Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya.
Readmore

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Salam kepada semua teman-teman, para pengunjung yang senantiasa setia bersama blog Seri Bahasa. Tak terasa waktu begitu cepat berlalu, begitu juga bulan Ramadhan yang begitu sinonim bagi umat islam yang akan hadir esok atau lusa.



Teropong dah sedia harap-harap anak bulan akan muncul. Jadi member-member yang berugama islam siap sedialah untuk memulakan ibadah puasa esok atau lusa.



Kesian pulak member kita seorang ni terpaksa menyepikan diri setiap kali bulan Ramadhan muncul. Dia tak ada pun kadang-kadang iman kita boleh luntur. Kalau dia bersama kita entah apa akan jadi pula...



Jadi bermulalah musim berpuasa di seluruh alam ini. Tak kira tua muda, miskin kaya tanggungjawab tak boleh diabaikan.




Di sini Seri mengambil kesempatan mengucapkan kepada semua sahabat handai Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak.




Selamat menunaikan ibadah puasa. Jangan lupa apa yang ditegah dilarang sewaktu berpuasa...
Readmore

Simpulan Bahasa ( U, W & Z )

Simpulan Bahasa ( U, W & Z )



Simpulan Bahasa U

1. Ubat Hati = Pengubat Hati
Maksud: Penghibur hati.
Contoh Ayat: Setelah Zaiton meninggal dunia, hanya Rokiahlah yang menjadi pengubat hati Mak Tijah.

2. Ubat Jerih
Maksud: Upah.
Contoh Ayat: Tersenyum lebar Zakiah apabila menerima enam ratus ringgit sebagai ubat jerih menyulam baju-baju itu.

3. Ubat Lelah
Maksud: Upah.

4. Untung Batu
Maksud: Nasib yang buruk.
Contoh Ayat: Nakhoda itu mengalami untung batu kerana kapalnya telah diserang lanun.

5. Untung Sabut
Maksud: Nasib yang baik.
Contoh Ayat: Nakhoda Tanggang untung sabut kerana perniagaannya sangat menguntungkan.

Simpulan Bahasa W

1. Wang Duka
Maksud: Wang yang diberikan kepada waris yang meninggal dunia.
Contoh Ayat: Ismadi mendapat wang duka hasil daripada kutipan derma kakitangan pejabat ayahnya setelah ayahnya meninggal dunia.

2. Wang Hantaran
Maksud: Wang yang diberikan kepada keluarga pengantin perempuan.
Contoh Ayat: Wang hantaran perkahwinan kakak berjumlah sepuluh ribu ringgit.

3. Wang Kopi
Maksud: Bayaran tidak rasmi kepada seseorang sebagai upah.

4. Wang Suap
Maksud: Bayaran yang diberikan kerana melakukan sesuatu pekerjaan, biasanya secara tidak sah.
Contoh Ayat: Saya enggan membayar wang suap kepada pegawai yang berkenaan kerana perkara tersebut menyalahi undang-undang.

Simpulan Bahasa Z

1. Zaman Bahari
Maksud: Zaman purbakala.
Contoh Ayat: Barang-barang yang ditemui itu merupakan barang-barang zaman bahari yang mempunyai nilai sejarah yang tinggi.

2. Zaman Puntung Berasap
Maksud: Zaman kuno.
Contoh Ayat: Manusia di zaman puntung berasap kebanyakannya bekerja sebagai petani dan nelayan.
Readmore

Teman Setia

This Blog Is Proudly Sponsored By SURF7 Template Modified By Seri Bahasa Proud To Be A Kinabatangan Blogger