Selamat Datang Diucapkan Kepada Semua Pengunjung Blog Ini Segala Komen Dan Saranan Teman Teman Amat Seri Hargai

Simpulan Bahasa ( U, W & Z )

Simpulan Bahasa ( U, W & Z )



Simpulan Bahasa U

1. Ubat Hati = Pengubat Hati
Maksud: Penghibur hati.
Contoh Ayat: Setelah Zaiton meninggal dunia, hanya Rokiahlah yang menjadi pengubat hati Mak Tijah.

2. Ubat Jerih
Maksud: Upah.
Contoh Ayat: Tersenyum lebar Zakiah apabila menerima enam ratus ringgit sebagai ubat jerih menyulam baju-baju itu.

3. Ubat Lelah
Maksud: Upah.

4. Untung Batu
Maksud: Nasib yang buruk.
Contoh Ayat: Nakhoda itu mengalami untung batu kerana kapalnya telah diserang lanun.

5. Untung Sabut
Maksud: Nasib yang baik.
Contoh Ayat: Nakhoda Tanggang untung sabut kerana perniagaannya sangat menguntungkan.

Simpulan Bahasa W

1. Wang Duka
Maksud: Wang yang diberikan kepada waris yang meninggal dunia.
Contoh Ayat: Ismadi mendapat wang duka hasil daripada kutipan derma kakitangan pejabat ayahnya setelah ayahnya meninggal dunia.

2. Wang Hantaran
Maksud: Wang yang diberikan kepada keluarga pengantin perempuan.
Contoh Ayat: Wang hantaran perkahwinan kakak berjumlah sepuluh ribu ringgit.

3. Wang Kopi
Maksud: Bayaran tidak rasmi kepada seseorang sebagai upah.

4. Wang Suap
Maksud: Bayaran yang diberikan kerana melakukan sesuatu pekerjaan, biasanya secara tidak sah.
Contoh Ayat: Saya enggan membayar wang suap kepada pegawai yang berkenaan kerana perkara tersebut menyalahi undang-undang.

Simpulan Bahasa Z

1. Zaman Bahari
Maksud: Zaman purbakala.
Contoh Ayat: Barang-barang yang ditemui itu merupakan barang-barang zaman bahari yang mempunyai nilai sejarah yang tinggi.

2. Zaman Puntung Berasap
Maksud: Zaman kuno.
Contoh Ayat: Manusia di zaman puntung berasap kebanyakannya bekerja sebagai petani dan nelayan.

12 Pandangan:

pengumpulblog Ogos 04, 2010  

Terima kasih kerana berkongsi simpulan bahasa. Saya suka "wang kopi" dapat minum kopi 'O'. Hik...

etam grecek Ogos 04, 2010  

zaman puntung berasap...aku zamannya orang merokok....

Blogger Template Ogos 05, 2010  

hai, let's link exchange.. i've added your link in my blog, add mine too with the title "Blogger Template".. check it out :D

sweetie2010.blogspot Ogos 05, 2010  

Salam,

Baru sweetie tahu pasal wang duka ni.

satu lagi kalau istilah wang kopi ni faham2 jerlah lebih kurang sama ngan wang suap tu. 25%

info infos.co.cc Ogos 09, 2010  

salam silaturahmi sseri bahasa.. sukses selalu sahabat

Zona Indonesia Ogos 09, 2010  

Zaman Edan
Maksud : Zaman serba mungkin
Contoh : Sekarang ini zamannya zaman edan.. informasi begitu cepat untuk sampai ketujuan.

Peace :)

Tanpa Nama,  Mac 17, 2012  

Terima kasih ....bahan yang banyak membantu dalam pembelajaran anak saya....

tasyriq,  April 12, 2012  

memang bagus untuk pembelajaran

Tanpa Nama,  April 12, 2012  

trimas

Tanpa Nama,  Oktober 26, 2012  

kalau wanita besi maksudnya apew plak??wanita yg suka bersenam angkat besi . . .

Unknown Human Februari 03, 2015  

Maksud Ular Air Pula?

Teman Setia

This Blog Is Proudly Sponsored By SURF7 Template Modified By Seri Bahasa Proud To Be A Kinabatangan Blogger