Selamat Datang Diucapkan Kepada Semua Pengunjung Blog Ini Segala Komen Dan Saranan Teman Teman Amat Seri Hargai

Blog Seri Bahasa Di Label "Attack Site"

Apa malang nasib blog Seri, baru je kena spam, pagi kelmarin nak buka dah datang lagi satu bala. Blog yang tak ada apa-apa ini pun sanggup Atok Goggle nak label sebagai "Attack Site".





Sibuk kelmarin intai kat search engine, habis...habis...semua posting tak boleh buka melalui search engine dah di block semua. Bingung Seri sebab tak pernah kena masalah seperti ini.

Dah tak ada ikthiar terpaksa guna Goggle Webmaster Tool, ini jalan terakhir nak selesaikan masalah. Check..punya check...rupanya Tag Innity yang Seri pasang yang memberi masalah kepada blog Seri.

Tak puas hati kenapa blog Seri yang kena malware. Ronda punya ronda rupanya semua blog yang pasang Tag Innity menghadapi masalah yang sama.

Mahu tak mahu terpaksa Seri keluarkan semua Tag Innity buat sementara waktu lepas itu buat satu permohonan site review. Nampaknya ada perkembangan sebab sekitar jam 12:00 tengahari tadi boleh dah buka blog Seri, tapi itu pun menggunakan direct url. Kalau dari search engine masih lagi kena block. Harap-harap 2-3 hari ini selesai masalah blog Seri. Pihak Innity juga berjanji nak bantu kalau dalam berapa hari ini site Seri masih di block dari search engine.

Kepada semua teman-teman dalam 2-3 hari ini terpaksa Seri kurangkan blogwalking sebab nak selesaikan masalah blog Seri dulu dengan Atok Goggle. Jangan takut kalau masih ada tanda "Attack Site" masuk je sebab script malware sudah Seri keluarkan dari blog.

15 Pandangan:

qimie budak manja... September 21, 2010  

ramai yang kena.. pasal inity ads dengarnya..

kakrose@kakyon September 21, 2010  

biasalah seri..setiap perjalanan ada sedikit rintangan.

SyoknyaDownload September 21, 2010  

sama la..saya pun kena...tapi baru 1 jam tadi remove..

awk remove..dan review semula..

dia ambik berapa lama untuk hilangkan warning tu.

add me at Facebook : alif syk

seri September 21, 2010  

syoknyadownload@ untuk url ambil masa 24 jam. tapi di search engine mungkin 2-3 hari baru pulih seperti sediakala.

tehr September 21, 2010  

malam semalam memang tak dapat masuk ke sini
alhamdulillah, nampaknya semua dah ok semula

al-basri September 22, 2010  

salam,
saya baru dapat muncul kena malware tu,
syukur dah settle..
nampaknya iklan inity bawa jangkitan.

bippi September 22, 2010  

salam...semoga cepat selesai masalahnya ya Seri

Seri Bahasa September 22, 2010  

al-basri@ sebenarnya Innity yang tolong settle sebab itu semua blog selesai dengan cepat. malware tu bermula dari hos provider mereka di indonesia.

sweetie2010.blogspot September 22, 2010  

Salam,

kalau blog kak Sweetie yang kena camni, tak tahu apa nak buat..bukan tahu sangat pasal benda2 camni. Aperpun Alhamdullilah blog seri bahasa ceria kembali.

gnesop.com September 22, 2010  

salam seri.. harap bersabar yer..
mmg beri kesan jika kena malware ni.. traffic dr SE agak berkurangan.. :)

Azwan Ismail September 23, 2010  

saya pun kene jugak. dah ok tapi terpaksa remove widget follow blog.. seronok bila tengok blog kekawan semua dah kembali "sihat" :)

The international times September 23, 2010  

hati hati dlm memasang widget ads :)

pengumpulblog September 23, 2010  

alhamdulillah. nampaknya blog seri sudah pulih seperti biasa. Supprise jugak bila kena malware ni.

Seri Bahasa September 23, 2010  

pengumpulblog@ nasib juga dalam masa 24 jam boleh selesai semua masalah. biasanya kalau di label Attack Site boleh mengambil seminggu baru. nanti kalau ada masa seri akan buat posting cara penyelesaian kalau di label sebagai Attack Site.

zuar September 25, 2010  

Seri..da letak link kt main page:-).add my link ok:-D

Teman Setia

This Blog Is Proudly Sponsored By SURF7 Template Modified By Seri Bahasa Proud To Be A Kinabatangan Blogger