Selamat Datang Diucapkan Kepada Semua Pengunjung Blog Ini Segala Komen Dan Saranan Teman Teman Amat Seri Hargai

Koleksi Pantun Peribadi

Semua pantun yang tersenarai di bawah adalah pantun yang Seri buat sendiri yang Seri muatkan di c/box ketika blogwalking. Sebahagian di ambil dari c/box Seri Bahasa yang di tinggalkan oleh para pengunjung.


Aik… aku rindu kamu,
Kamu bilang benci aku;
Diam-diam intai aku,
Baru sekarang kamu tau.

Kamu bilang benci aku,
Kenapa sekarang lagi tegur;
Pinjam duit nanti dulu,
Hutang dulu belum bayar.

Award fia dah berikan,
Tiada kata dapat diucapkan;
Tiada balasan dapat diberikan,
Hanya persahabatan dieratkan.

Cantik sungguh buah kepayang,
Masak sebiji di ujung dahan;
Sobat seri semalam datang,
Saat diriku sudah rebahan.

Disemat indah bunga melati,
Mata memandang bertambah rupawan;
Malam tadi signal putus lagi,
Awal pagi baru bertemu teman.

Guru ibarat sebatang lilin,
Murid ibarat duri dalam daging;
Bila buat sebarang bikin,
Bila kena baru nak paling.

Hasrat dihati nak buat ketupat,
Lama disimpul kenapa tak jadi;
Seri bertandang ketempat sahabat,
Mengucapkan Selamat Hari Jadi.

Ilmu dicari serata dunia,
Buat bekal masa hadapan;
Susah senang lumrah dunia,
Usaha itu tangga kejayaan.

Ini datang seri bahasa,
Datang dengan penuh sopan;
Hajat bertemu teman setia,
Ingin mengambil barang pesanan.

Kain kebaya kerudung putih,
Disemat indah bunga melati;
Sore hari datang kesini,
Agar dapat jumpa seri lagi.

Kalau mati tu bertempat,
Hilang perasaan merana badan,
Hidup ini hendaklah bermuafakat;
Semoga diri senantiasa aman.

Kalau tempua, tempua juga,
Takkan sama burung kendidi;
Kalau tua, tua juga,
Takkan sama muda-mudi.

Salam manis dari seri,
Di hari sabtu ini;
Esok kita bercuti,
Malam ini kita bersantai.

Seri datang ambik kad raya,
Nanti malam baru pasang;
Ditunggu-tunggu duit raya,
Kenapa la..tak pasang-pasang.

Seri ini dalam perantauan,
Mencari teman dimana saja;
Demi ikatan tali persahabatan,
Pemberianmu telah kuterima.

Terimakasih diucapkan,
Pemberian seri dihormatkan;
Persahabatan kita kekalkan,
Tali silaturrahim dipereratkan.

Terima kasih seri ucapkan,
Pembaca setia yang selalu kesini;
Salah dan silap harap di maafkan,
Semoga ikatan silaturrahim diredai Illahi.

Walau berkunjung cuma sebentar,
Memang seri bisa terima;
Salam persahabatan seri hantar,
Ayuh kita sembang sama.

Yang pergi takkan kembali,
Ibarat kita dah sampai hayat;
Syukur dan puji kepada illahi,
Semoga tahun baru membawa hidayat.


P/s: Semua pantun yang tersenarai tidak boleh dibuat rujukan oleh pelajar.

9 Pandangan:

kakyon September 14, 2010  

mula tengah hari lepas tu malam
dalam rumah pasang pelita
singgah kesini menghulur salam
merapatkan ukhwah sesama kita

farhan asyraf September 15, 2010  

mak ai panjang sungguh,
tak boleh panjang lagi ke?
hehehe

tehr September 15, 2010  

ketupat lemang beras pulut
kari rendang daging lembu
hati terkenang kasih terpaut
setiap hari menjenguk kamu

...hanya sekadar pantun

Lee Choo September 16, 2010  

Pantun yang keren..

Salam dari Indonesia =)

wati September 16, 2010  

salam lebaran wati sayu...
kehilangan teman terasa pilu:...
saya wati blogger baru
harap maaf andai terganggu

from Wati~~

wati September 16, 2010  

salam tuk seri dari wati
bertukar link hajat dihati
tidak memaksa untuk sudi
kerna wati baru lagi....

maaf dari ~~wati~~

wati September 16, 2010  

di tempat seri indah sekali
ramai berkunjung dtg dan pergi
link seri di blog wati
side bar kanan dalam listing

gnesop.com September 16, 2010  

mmmm.. nak balas tak reti..huhuhu

thx

Willyo Alsyah P. Isman September 19, 2010  

wah..wah..wah...kreatif sangat sobat ini,pantun yg indah.

Teman Setia

This Blog Is Proudly Sponsored By SURF7 Template Modified By Seri Bahasa Proud To Be A Kinabatangan Blogger