Selamat Datang Diucapkan Kepada Semua Pengunjung Blog Ini Segala Komen Dan Saranan Teman Teman Amat Seri Hargai

Auto Blogwalking: Implikasi Terhadap Bloger

Kata orang janji harus ditepati. Mahu tak mahu Seri tak dapat elakkan dan harus menyambung masalah auto blogwalking yang Seri tulis minggu lalu. Dan kali ini agak terperinci sedikit agar para bloger terutama yang masih novice dapat memahami dengan lebih jelas.

Yang pertama Seri nak jawab disini soalan dari berapa bloger yang nak tahu bagaimana nak kesan bloger yang mengunakan kaedah auto blogwalking. Sebenarnya bukan niat Seri nak melakukan perkara ini cuma ia berlaku secara kebetulan.




Kalau pengunjung kita ramai di chatbox tapi jumlahnya kurang di counter pengunjung bererti ada pengunjung di blog kita yang mengamalkan teknik auto blogwalking. Kedua mana-mana blog yang memasang 2 chatbox seperti di blog Seri akan dapat mengesan dengan mudah. Ini kerana gadget auto blogwalking akan mengirim message yang sama kepada kedua-dua chatbox tersebut. Dan harus di ingat mereka yang mengunakan gadget auto ini tidak dapat menambah smiley di akhir message mereka.

Cara nak halang auto blogwalking? Sebenarnya C/Box dan Shoutmix mempunyai kelemahan dan kelemahan itu yang di manipulasi oleh pereka gadget auto blogwalking. Buat sementara waktu cuma ada satu cara itu pun kalau para bloger rajin mengamalkannya. Letakkan smiley disetiap akhir message. Tujuannya supaya orang tahu kita tidak menggunakan auto blogwalking. Kedua menukar kepada chatbox yang mengunakan captcha, cara ini dapat menghalang auto blogwalking dari mengirim message ke chatbox kita.

Sekarang Seri nak cerita tentang kebaikkannya pula. Tak ada sesiapa nak mereka sesuatu gadget dengan tujuan membawa kesan negatif terhadap penggunanya atau mereka-mereka yang menerima hasil dari penggunaan gadget tersebut. Dan Seri percaya gadget auto blogwalking jika digunakan secara positif dapat memberi pulangan yang baik kepada penggunanya.

Seri rasa tidak salah menggunakan gadget ini untuk mengirim message kepada bloger-bloger yang belum pernah berkunjung ke blog kita dengan tujuan untuk menambah/berkenalan dengan mereka. Yang tidak baiknya bila kita senantiasa menggunakan aplikasi ini untuk mengirim message terutama terhadap pengunjung yang ada di chatbox kita.

Jadi yang menentukan bukan sesiapa tapi diri kita sendiri. Ingatlah satu perkara, pada waktu mula-mula kita berblog. Apakah tujuan utama kita? Tak ada sesiapa nak buka blog kalau dialah pengunjung dialah pembacanya. Kalau begitu kan lebih baik tutup saja dari membazir waktu serta tenaga.

Kenapa kita pasang chatbox kemudian melakukan blogwalking. Tujuan utama kita pertama nak kenalkan blog kepada para bloger, kedua nak cari bloger supaya mereka berkunjung ke blog kita. Dan yang ketiga dan lebih utama menjalin persahabatan serta mengeratkan silaturrahim sesama bloger tak kiralah siapa mereka.

Jadi bila kita asyik gunakan aplikasi auto blogwalking untuk membalas kunjungan bloger yang datang ke blog kita maka maksud asal kita berblog telah lari dari landasan yang betul. Lambat laun kita tidak tahu perkembangan di sekeliling kita sebab kita tidak pernah melawat secara manual bloger yang datang keblog kita.

Memang betul apa yang di katakan oleh seorang pengomen di blog Seri, "Berblog ni biarlah ikhlas... umpama kita berkunjung ke rumah teman, bertanya khabar, bersalam-salaman dan sebagainya... kan lebih manis daripada setakat berpesan kepada kawan menyampaikan salam..."

Semoga penjelasan yang tak seberapa ini dapat membuka minda para bloger menuju ke arah berblogging yang lebih sihat serta memberi manfaat kepada kedua belah pihak. Akhir sekali, jika ada kekurangan, terlebih bahasa Seri mohon ampun dan maaf. Segala komen yang membina untuk artikel ini amat Seri alu-alukan demi kepentingan semua bloger.

42 Pandangan:

ReJaM© Oktober 26, 2010  

Em tapi kalau sape2 nak buat auto blogwalking ke MiLo SuaM, ReJaM tak kesah sangatlah... lantaklah.. diorang ni pemalas nak jalan2, tp traffic nak.... hmmm

MuJE Oktober 26, 2010  

wahhhh.... gempak gitu ulasan seri.. hem, act sy tak kesah pon orang pakai auto blogwalking tu cuma skang ni makin menjadi2 pulak.. siap pakai url shortener tu tanak bagi domain kena ban...hehe

kakyon@kakrose Oktober 26, 2010  

terimakasih seri..di atas penjelasan tersebut.

Omu Rice Oktober 26, 2010  

seri tima kasih atas n3 yg memberi maksud tersirat dan tersurat...moga2 amik iktibar...omu xkesah tapi biar la adil...huhu...

a n a s t a s y e a Oktober 26, 2010  

auto blogwalking tu banyak yang manual. nama je auto .. tapi lepas run, ianya akan buka website satu-satu. lepas tu .. org tu kena key in juga kat shoutmix/cbox atau komen. selain tu sebab dah malas nak tulis, blogger banyak yang copy paste massage yg sama .. kalat setiap ruang chat =)

Ampuan Awang Oktober 26, 2010  

aku bukan dari jenis orang begitu. aku tetap akan cuba memberikan masa bertandang ke laman sahabat2. berkenaan dengan mesej di chatbox, aku seringkali mengguna ayat yang sama, contohnya:

"Salam. bersinggah2 Malaya di laman ini :)"

ini sebenarnya bertujuan menyapa sahabat2 yang bersinggah dalam blog aku :)

Ms Nury Oktober 26, 2010  

Nury setuju dengan pendapat seri. Sejak Seri beritahu tentang autoBW sebelum ni Nury cuba juga mengesan beza auto N manual BW.

Mereka yang menggunakan auto BW cuma meninggalkan jejak pada shoutmix/cbox tanpa membaca entri malah mesej yang ditinggalkan setiap kali adalah sama dalam satu hari!

Tidak ada 'win-win situation'... Apa pun terpulang lah kepada blogger itu sendiri. Tepuk dada tanya selera!

Nasir Bravo Oktober 26, 2010  

auto blogwalking nie...x mndtgkan faedah sgt pun kepada penggunanya..melainkan pelopornya...jagn mudah terpedaya..
Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu

Sca Ndx Oktober 26, 2010  

autoBW memudahkan, sebab bukan semua blog kita dapat cari kan, dengan autoBW, banyak blog random yang kita kenal, dan pay visit back. pada pendapat saya

Cik Aien Oktober 26, 2010  

secara jujr nye, cik ain xberapa setuju dgn penggunaan auto blogwalking nie ..
xfair pada blogger..

Bippi Sm4ile Oktober 26, 2010  

salam sobat...gunakan keamanan pada cbox, agar para pengunjung tidak mengisi buku tamu tanpa mengunjugi blok kita...

caranya : masuk ke akun cbox sobat > publish > hilangkan tanda centang (v) pada enable quick link

sebelum melakukan cara tersebut coba sobat Seri buka http://cbox.ws/?n=6-397579-sql4js ini adalah privat link sobat...selanjutnya lakukan cara diatas, dan lihat hasilnya...semoga bermanfaat

seribahasa.com Oktober 26, 2010  

Bippi Sm4ile @ terimakasih di atas saranan sobat. telah seri laksanakan dan ternyata berhasil. akan seri kongsi pengetahuan ini bersama-sama teman yg lain.

zuar Oktober 26, 2010  

haaa..btl tu...dgr nasihat tu..tp sy ni jns yg mls nk bw time2 exam ni..heeee

LyNn HaMzAh Oktober 26, 2010  

lebih suka bw cara manual...boleh juga baca entry kawan2...

warnatulisan Oktober 26, 2010  

terima-kasih sahabat atas penjelasannya, btw kalau saya lebih suka berkunjung langsung & baca2. Salam

Aniza Oktober 26, 2010  

Salam

terima kasih atas perkongsian. saya setuju, tanpa blogwalking, kita tidak akan dapat menambah kenalan.

AngahSayang2314 Oktober 26, 2010  

salam...

betul tue kata awak...hehehe....yg penting kita kena kongsi2 kalau blogwalking blog kawan2

AngahSayang2314 Oktober 26, 2010  

angah singgah sini jd kawan
jom kita tukar2 link

afzan Oktober 26, 2010  

cara memasang cbox dan shoutmix sekali gus memang efisyen dalam mengesan autoblogwalking!

kalau guna captcha memang dapat menghapuskannya, tapi sedikit annoying pada mereka yang menggunakan manual. ye dak?

Fuziani JSR Oktober 26, 2010  

Seri... biarlah kita berblog seikhlas hati, bila kita ikhlas... orang akan tahu keikhlasan kita..

miss chekleen Oktober 26, 2010  

good job seri...at least kita tahu kan..leh singgah tgk entry baru chekleen..thanks seri

miss chekleen Oktober 26, 2010  

err tak paham lak bipi smile omong ape..seri cemane ye?

LadyBird Oktober 27, 2010  

o0 mcm tu.. baru lady faham..
tq seri atas perkongsian itu..
ye la kan.. so kalu sape2 yg bw letak smile kt shoutbox kite je kite balas jejak mereka.. :).. jom kite letak smiley ek .. supaya sng tuk kesan..

studentlife111 Oktober 27, 2010  

tapi kalau kat chatbox 2,3 orang ja..tapi kat stats ramai dyorang guna apa plak tu.. ho3... (gurau ja)

Cheqna Oktober 27, 2010  

Thanks for the info Seri! :-)

seribahasa.com Oktober 27, 2010  

student111@ untung besar tu sebab pengunjung datang dari search engine atau referrer yang lain.

Story in Indonesian Songs Oktober 27, 2010  

ye...begitulah cerite tu, ade yang suke pula pakai mesin hingga jalan sendiri macam hantu. ade bayangan tak ade orangnye. Ape nak jadi. terima kaseh banyak ni Seri, saya jadi banyak paham nih

Jalanan Hamba Oktober 28, 2010  

Auto blogwalking tak ada baiknya. Cuma menguntungkan sebelah pihak sahaja tapi menyusahkan tuan punya blog dan pengguna lain.

Walaupun kita boleh mengesan mesej yang datang dari auto blogwalking, namun ianya masih menyusahkan. Ini kerana;

1. Mesej yang seringkali datang bertubi-tubi memenuhi halaman depan shoutbox menyebabkan mesej dari pengguna sebenar seringkali terkebawah dan hilang dari page utama.

2. Tuan punya blog banyak lagi kerja lain yang hendak dibuat, bukannya setiap hari kerjanya menangkap spam.

3. Andainya semua bloger menggunakan auto blogwalking, maka hanya robot atau mesin sahaja yang berblog. Orang hanya menulis tapi tidak ada yang membaca dan tidak berlaku pertukaran pendapat.

Sila ke blog saya.. ada 3 entri terkini yang berkaitan dengan blogwalking.

Pasang Buku Tamu


Cara menghalang spammer


Spam dalam shoutbox

James Buns November 19, 2010  

i hate auto bw. =_=

admin November 20, 2010  

thanks seri sudah share artikel ini. saya sendiri tidak suka auto BW. BW yang bukan auto kan jadi bisa membaca artikel-artikelnya..

mamat Disember 09, 2010  

good info tq .. :)

cik tom Disember 25, 2010  

cik tom lg prefer manual bw..semua depend atas msaing2 utk pilih mana yg terbaik...

zero Januari 15, 2011  

best lagi BW secara manual.. boleh cari idea dan bertukar pendapat

Tanpa Nama,  Januari 24, 2011  

seri aku rasa ko pun guna ABW ni akakakakakakakakakkaa....tp nama ko terselamat dari senarai,sian yang jadi kambing hitam 2...


p/s: kata dulang paku sempit.

Tanpa Nama,  Januari 24, 2011  

seri aku rasa ko pun guna ABW ni akakakakakakakakakkaa....tp nama ko terselamat dari senarai,sian yang jadi kambing hitam 2...


p/s: kata dulang paku sempit.

Tanpa Nama,  Januari 28, 2011  

I agree with the post above and I will grab more information from google google

siti Disember 11, 2011  

baru tau.. lps ni nak smile tiap kali singgah mana2..;)

shafira Februari 09, 2012  

I am very happy to see you here. Thanks for share your thought about blogging. And the best part of it, we all in the warmest community and find the greatest people like you, my friend. I am proud to be your friend here. God bless you.

Bulir permata Februari 09, 2012  

This is a very good article .. Thank you .. have a great day!.! happy blogging ...

sare ared Jun 20, 2012  

bagus ulasan tentang blog walking nih betulkew trafik blog xnaik?

Teman Setia

This Blog Is Proudly Sponsored By SURF7 Template Modified By Seri Bahasa Proud To Be A Kinabatangan Blogger