Bentuk bilis
Itulah wujudku
Siapa yang nak pandang aku
Kecil tak berharga
Adakah ini takdir?
Di alam ini
Aku sentiasa terpinggir
Kehadiranku
Tiada siapa yang memandang
Setiap gerak langkahku
Tiada yang peduli
Kesepian menjadi teman hidupku.
Tapi aku masih akur
Setiap kejadian ada hikmahnya
Allah maha adil
Si Bilis kecil ini...
Masih boleh berbangga
Masih boleh mendabik dada.
Wahai Si Jerung
Jangan alpa pada diri
Kelak sendiri akan merana
Bila Allah murka
Bencana datang silih berganti.
Tanpa Si Bilis
Siapalah kamu
Jangan hanya pandang ke atas
Ingat-ingatlah yang di bawah
Jangan akhirnya...
Kamu pulak mengejar Si Bilis
Bukan Si Bilis nak merayu
Bukan Si Bilis minta di simpati
Si Bilis masih punya harga diri
Tapi ingatlah...
Kemana arah tujumu
Bila Si Bilis tiada di sampingmu.
Kecil besar tiada bezanya
Hidup ini harus bermuafakat
Kerana kita saling memerlukan
Kenapa harus bertentang arah
Kan lebih elok berganding bahu
Menjayakan misi yang di amanahkan
Demi perpaduan dan silaturrahmi.
Khusus untukmu para bloger novice seluruh Nusantara. Kerana kamu senantiasa meramaikan dan menceriakan alam bloger ini.
Hasil Karya: Seri Bahasa
Pada: 28/10/2010
Jam: 01:18 pagi
19 Pandangan:
puitis sungguh bahasa,,,bahasa tinggi C++
CPU-Z Pencari Identiti
bilis walaupun sumbangan kecil tetapi tanpa bilis, ia seperti tidak cukup (nasi goreng) huhuhu
ade pelangi dimataku, betape maknenye sajak ini dalam, penuh makne, tapi saye tu sedih pule karne banyak saudare saye yg kena tsunami 2 hari lalu. terima kasih udah visit my blog.
Bilis berharga sekarang ni.. :-)
best laa sajak ni..
btul tu cik seri bahasa.. takde bilis takde lah jerung.. persamaannya, dua2 spesis ikan. ;)
Masaalahnya orang sekarang hanya melihat kesalahan bilis.. bukan kesalahan jerung.. bilis yang selalu kena tangkap.. jerung pula sentiasa terlepas...
Bilis... biarpun kecil tapi bilis juga ciptaan Allah... ada peranannya atas muka bumi Allah ini yg x mampu dilakukan oleh si ikan jerung.. kerana setiap ciptaan Allah itu ada kekurangannya...
huhuhuhu walaupun bilis di pandang jua...ekekkekek
ikan bilis masak tauchu pun sedap..heheh
seri memng pndai berpuisi :)
Isi hati sang Bilis ..
Keren sob...
Salam kenal, From: Chenk Rahman
bilis sedap :)
ikan bilis dibuat budu
berulam pula pucuk pegaga
kesian iblis datang mengganggu
amanah dilupa hanya kerana dunia
tinggi sangat bahasa puitis ni...omu xmampu nak paham...huhu...tapi omu wat2 paham...
oh bilis... kenapa kau kecik? tp tnpa kau apalah gunanya nasi lemak.. pasti x sdp.. hehe
waaaaaa i like bilis.......
manusia,mcm tu la
Salam kenal :)
Catat Ulasan