Ini cerita dari hikayat,
Ada lima sahabat sejati;
Ada seorang bernama Jebat,
Konon dia pendekar sejati.
Maka bermimpilah suatu malam,
Bertemu pemuda gagah perkasa;
Bertanya kabar memberi salam,
Apakah teman Jebat perkasa?
Masuk hutan jumpa paya,
Paya banyak ikan sembilang;
Kalau nak tahu siapa saya,
Inilah Jebat pahlawan terbilang.
Rumah kampung atap rumbia,
Tiang dari kayu meranti;
Dengar kabar Jebat berlima,
Kenapa sekarang seorang diri?
Naik perahu mudik ke hulu
Tengah jalan patah dayung
Memang dulu Jebat berlima
Tapi kini Jebat terbuang.
Tanak nasi atas dapur,
Gulai pedas buah nangka;
Kabar nista Seri dengar,
Benarkah Jebat pendekar dehaka?
Malam-malam pasang pelita,
Pelita dipasang hingga kesubuh;
Memang benar kabar berita,
Derhaka Jebat kerana Tuah.
Keris tombak senjata pendekar,
Periuk belanga permainan wanita;
Titah raja Jebat ingkar,
Kenapa derhaka kepada raja?
Jebat bukan sebarang jebat,
Jebat anak jati melayu;
Jebat bukan sebarang jebat,
Derhaka Jebat bertilik dulu.
Apa juadah hari ini,
Ubi kayu buat pengat;
Sebelum Seri mengundur diri,
Apa pesanan dari Jebat?
Anak cina masuk kampung,
Niat hati cari sahabat;
Adat melayu raja di junjung,
Walau dijunjung biar bertempat.
Hasil Karya: Seri Bahasa
Pada: 11/12/2010
Jam: 01:30 pagi







12 Pandangan:
wah..pandainya seri..pantun sendiri ke?
selipar korea@ semalam seri buat, tetiba je dapat idea.
wahwah. hebatnya seri .
otak bernas :D
nice post! :)
Sungguh menawan
aq suka dan senang
habis baca terkenang
hatipun senang
Trimakasih kawan....
cayalah seri..suka pantun ni
jebat hanya mahu derhaka
kepada raja yang zalim
jebat hanya mahu derhaka
pada undang2 yang tak adil
Masih adakah Tuah dan Jebat di zaman moden ini..
zaman sekarang ni..yang derhaka pulak disanjung..
saya suke pantun nie... mcm ner nak dpt idea buat pantun yea??? :)
Tuah tidak pernah menderhaka pada rajanya. Jebat tidak pernah menderhaka pada bangsanya...
Tuah mempertahankan rajanya. Jebat mempertahankan hak bangsanya...
Jadi sama-sama ok lah tu... :)
kalau suruh pilih jebat atau tuah...
i pilih jebattt
:))
nak mia berpantun jugak ke?okay mia surrender laa
Catat Ulasan