Selamat Datang Diucapkan Kepada Semua Pengunjung Blog Ini Segala Komen Dan Saranan Teman Teman Amat Seri Hargai

Mari Kita Galas Bersama


Manusia bergelimpangan
Nyawa tiada harga
Hartabenda entah kemana
Dimanakah belas kasihan
Kenapa sifat seperti syaitan
Dimana perikemanusiaan

Jadi pemimpin itu mudah
Wang ringgit jadi taruhan
Tapi memimpin...
Tidak semua yang tahu
Bila yang halal di haramkan
Rakyat kekeringan
Pemimpin senang-lenang

Mulut pandai berbicara
Dalam hati siapa tahu
Sematkan kejujuran

Bencana datang
Bersatulah...
Rakyat perlukan pemimpin
Bukan nak dengar sengketa pemimpin
Itu bukan urusan mereka
Tapi mereka amanat pemimpin

Dimana naluri
Kenapa lidah bercabang
Kenapa bersengketa
Politik itu mainan syaitan

Jangan ungkit kisah lama
Ujian Allah telah turun
Kenapa kamu belum sedar
Bencana apa yang diminta
Bersatulah...
Mana tauladan kamu
Untuk generasi akan datang

Jangan bercekak pinggang
Jangan menuding jari
Jangan lepas tangan
Amanah rakyat...
Galas bersama



Hasil Karya: Seri Bahasa
Pada: 01/12/2010
Jam: 12:32 pagi

17 Pandangan:

Zaer!! Disember 10, 2010  

Salam seri.mmaf yea zaer lambat balas pertanyaan seri.zaer nak tanye ni.tapi nak email.nnt kalau senang email zaer yea.somepicture@gmail.com.Thanks

N@SIQUE Disember 10, 2010  

salam~~

wah~~penuh tersirat,nasib sy bukan wakil rakyat~~:D

c2u Disember 10, 2010  

nice sharing ..i like..

sibutiz Disember 10, 2010  

kata2 yang indqah kawan...
maksih...

budakkecik Disember 10, 2010  

pandai sungguh kamu berkata kata...

Mohd Ballack Disember 10, 2010  

ye.. marilah kita galas bersama-sama

Omu Rice Disember 10, 2010  

kata2 tersirat..pemimpin patut baca dan fahami...baru aman..

qamaYaya Disember 10, 2010  

ini lah sandiwara dunia...sandiwara makhluk yg bernama manusia.janji di tabur hnya utk nma...tanggugjwb adalah yg akhir bila dh mempunyai kuasa.fikir2 kan lah kita bersama supaya kita tdak akn mnjadi pemimpin yg seperti ini kemudian hri...usah kaburi mata dgn polotik dunia tapi bawalah amalan bersama utk bekalan di sana..

hacimun Disember 10, 2010  

:)

kata2 yang jelas.

iena farina Disember 10, 2010  

suka lah sy pandai pantun,berperibahasa... :)

tehr Disember 10, 2010  

pemimpin boleh je datang dan pergi
tapi jasa dan budi akan sentiasa kekal di hati

ada pemimpin keruh
ada pemimpin jernih

'buang yang keruh, ambil yang jernih'

chittysarah Disember 10, 2010  

sangat mendalam~
ambik mase tuk paham totally~~

kakyon Disember 11, 2010  

ayuh! kita galas bersama..
jalankan tanggung jawab sebagai pemimpin kecil seperti kita..

matdin Disember 11, 2010  

matdin tengok kat negara kita ni lebih kurang macam tulah hehe..

Tanpa Nama,  Januari 01, 2011  

My partner and I really enjoyed reading this blog post, I was just itching to know do you trade featured posts? I am always trying to find someone to make trades with and merely thought I would ask.

ayuninajibah Julai 31, 2011  

Assalamualaikum, minta izin copy sajak ini. saya hendak membacanya pada sesi berpidato nanti :). hihihihi. mempunyai makna yang amat tersirat, mendalam sekali. tetapi berkesan. sampai ke dalam hati.

Teman Setia

This Blog Is Proudly Sponsored By SURF7 Template Modified By Seri Bahasa Proud To Be A Kinabatangan Blogger