Selamat Datang Diucapkan Kepada Semua Pengunjung Blog Ini Segala Komen Dan Saranan Teman Teman Amat Seri Hargai

Pantun Mengenang Nasib


Anak ayam turun satu,
Mati seekor habis hilang;
Tiada untung modal tak tentu,
Perahu tersadai di atas galang.

Masuk hutan berburu musang,
Musang mati dijerat orang;
Macam mana hati tak bimbang,
Ayam di sangkar disambar helang.

Pisau raut hilang di rimba,
Pakaian anak raja di Juddah;
Karam di laut boleh ditimba,
Karam di hati bilakah sudah?

Kusangka nanas di tengah padang,
Rupanya pandan yang berduri;
Kusangka panas hingga ke petang,
Kiranya hujan di tengah hari.

Buah berangan masaknya merah,
Kelekati dalam perahu;
Luka di tangan nampak berdarah,
Luka di hati siapa tahu.

Apa diharap kepada tudung,
Tudung saji terendak Bentan;
Apa diharap kepada untung,
Untung nasib permintaan badan.

Selasih di Teluk Dalam,
Datang kapas Lubuk Tempurung;
Saya umpama si burung balam,
Mata terlepas badan terkurung.

Asap api bergulung-gulung,
Anak buaya telrlampai-lampai;
Hajat hati nak peluk gunung,
Apakan daya tangan tak sampai.

Budak-budak mendayung perahu,
Sambil berdayung sambil bermain;
Macam mana bunga tak layu,
Embun menitis ke tempat lain.

Orang menangkap ikan sepat,
Dapat seekor di bawah tangki;
Terlepas kiri kanan tak dapat;
Tolak tangga berayun kaki.

Rumah kecil bertiang bambu,
Rumah besar bertiang berbilang;
Masa kecil ditimang ibu,
Masa besar ditimang gelombang.

Zaman dahulu bertikar pucuk,
Zaman ini bertikar mengkuang;
Zaman dahulu kita dipujuk,
Zaman sekarang kita dibuang.

Anak itik bersangkar lalang,
Turun memakan buah delima;
Sudah nasib badanku malang,
Sudah berputik balik berbunga.

9 Pandangan:

qamaYaya Disember 23, 2010  

santan berasal dari kelapa,
diambil isi dibuang sisa,
khazanah lama sering dilupa,
sedangkan ia lambang bahasa.

p/s tak pandai berpantun tapi suka mereka pantun... ;)

pengumpulblog Disember 23, 2010  

sungguh indah dan mempunyai maksud yang mendalam pantun dari seri...Apa khabar seri sekarang?

infoinfo unik Disember 23, 2010  

sungguh pantun yang menawan sahabatku,,

story song Disember 24, 2010  

dah lama tak kesini
membaca pantun Abang Seri
budaye lama masih berseri
belajar pantun setiap hari

ape kabar nih Bang Seri, mudah-mudahan sehat selalu setiap hari

danupuspito Disember 24, 2010  

baca pantun ini mengingatkan ane lomba baca pantun disekolah sob...

pantun yang bagus

pangkin nenek Disember 24, 2010  

Budak-budak mendayung perahu,
Sambil berdayung sambil bermain;
Macam mana bunga tak layu,
Embun menitis ke tempat lain.

Budak-budak bermain sabun
Sambil berteduh di pohon rimbun
Apa di harap kepada embun
Sampai masanya hujan kan turun

tak pandai pantun2 ni..cuba jugak.hehe

❤ Cik Ain ❤ Disember 25, 2010  

siakap sonohong gelame ikan duri,
gunung daik bercabang tiga,
bercakap bohong mmgla lame2 jadi pencuri,
x elok taw bercakap bohong, nnt org xsuka.

adoi, merepek je pntun. hancor

nuy Disember 26, 2010  

pantun yang indah^^

Teman Setia

This Blog Is Proudly Sponsored By SURF7 Template Modified By Seri Bahasa Proud To Be A Kinabatangan Blogger