Selamat Datang Diucapkan Kepada Semua Pengunjung Blog Ini Segala Komen Dan Saranan Teman Teman Amat Seri Hargai

Pertandingan Pantun Paling Menarik

Semalam buat blogwalking singgah kat blog seorang kawan (dah terlupa blog dia) ternampak pula artikel menarik ini. Sebuah blog menganjurkan "Pertandingan Pantun Paling Menarik".

Siapa-siapa nak cuba nasib bolehlah masuk blog dia. Pantun tak banyak, cuma 2 pantun 4 kerat, tapi kalau lebih peluang nak menang juga tinggi. Cuba-cubalah bakat korang dalam berpantun. Yang penting jangan ciplak!!!

Dibawah ini berapa pantun yang seri senaraikan untuk tujuan pertandingan tersebut:


Pagi-pagi pergi ke pekan,
Bawa bersama barang jualan;
Masuk bertanding menyahut seruan,
Semoga dapat perhatian Tuan.

Pagi-pagi masuk belukar,
Pasang jerat dapat tekukur;
Kalau ketawa macam kelakar,
Nanti tersedak jatuh tersungkur.

Naik perahu menuju pulau,
Pulau dituju tengah lautan.
Hanyut rindu teman di rantau;
Dalam mimpi tempat pertemuan.

Bunga melati bunga melur,
Petik sekuntum buat hiasan;
Tanda hormat tangan dihulur,
Budaya melayu zaman berzaman.

Maal Hijrah disambut meriah,
Mengingatkan kita kisah nabi;
Terapkan agama pertahankan maruah,
Inilah seruan kepada muda-mudi.

Tempurung kelapa buat bara,
Bara buat masak bahulu,
Pemimpin kaya harta negara;
Nasib rakyat siapa tahu.

Jebat bukan sebarang jebat,
Jebat anak jati melayu;
Jebat bukan sebarang jebat,
Derhaka Jebat bertilik dulu.

Musuh jangan dicari,
Rezeki jangan ditolak;
Kalau hadiah diberi,
Ibarat rezeki bergolek.

12 Pandangan:

kakyon Disember 17, 2010  

buah melaka di atas meja
molek sangat buat hidangan
pantun saya biasa-biasa sahaja
tidaklah layak masuk pertandingan

Myaby Disember 17, 2010  

alamak

tak pandai berpantun. hihi

iena farina Disember 17, 2010  

hehehe...baguihnyer ada pertandingan pantun...nk cuba tp tak pandai... sy sokong ajer :)

chittysarah Disember 17, 2010  

nak berpantun gak!
tapi idea n bahasa tidak sehebat mane..

owh tidak!
lalalala~~

Muhammad Akram Disember 17, 2010  

Aduh nyasar di blognya orang malaysia. Salam hangat blogger indonesia

NARDtheNERD Disember 17, 2010  

seri tak join ke??
:)

Nordin Disember 17, 2010  

Oh key. Ahad nanti akan diadili. Kita lihat sapa yang menang. Hehe

Seri Bahasa Disember 17, 2010  

danupuspito@ terbuka kepada semua bloger.

tehr Disember 17, 2010  

selamat memeriahkan acara
harap2 seri akan menang

drj7 Disember 18, 2010  

Iyap! anggap aja Seri dah menang dach...! hehehe... dan sebagai hadiahnya dari aku;

Seri di izinkan untuk post artikel Demas~drj7 dalam veri bahasa malayisa seperti yang diminta

Thank's Sob.

Nordin Disember 20, 2010  

Salam. Tahniah sebab menang pertandingan pantun tu. Boleh datang blog? :)

Teman Setia

This Blog Is Proudly Sponsored By SURF7 Template Modified By Seri Bahasa Proud To Be A Kinabatangan Blogger