Dan yang lebih mengemparkan, pendedahan oleh Sdra. Suhaiweet, salah seorang blogger yang terlibat dalam isu ini. Selain dari 17 blogger yang didedahkan oleh Pendekar Berkuda, ada lebih 700 blogger menggunakan kaedah auto blogwalking dan spamblog.
Kepada Sdra. Suhaisweet, seri minta maaf dan kepada mana-mana blogger yang terlibat tiada niat dihati untuk bersikap prejudis. Nama Sdra. Suhaisweet seri paparkan disini kerana beliau secara peribadi telah mengaku mengunakan aplikasi autoblogwalking. Sila rujuk DISINI untuk keterangan lanjut.

Mungkin ada bogger yang masih ingat artikel seri, Auto Blogwalking Implikasi Terhadap Blogger. Tapi pada waktu itu tidak ramai yang memberi perhatian. Mungkin pada waktu itu masih diperingkat permulaan dan kesan dari penggunaan auto blogwalk masih ditahap minimal.
Untuk menghapus kegiatan ini 100 peratus memang sukar. Tapi sekurang-kurangnya kita sudah tahu ramai yang tidak bersetuju dengan pengunaan aplikasi auto blogwalking dan spamblog sebagai medium menghantar message ke kotak jerit.
Apa yang ingin seri persoalkan disini, adakah berbaloi menggunakan kaedah-kaedah seperti ini untuk jangka panjang?
Tujuan kita berblog sebenarnya untuk apa? Adakah untuk menjana pendapatan atau untuk tujuan berkongsi pendapat, mencari ilmu melalui bolgging selain menambah kawan.
Sebenarnya tidak salah kita berblogging disamping menjana pendapatan. Ramai blogger-blogger senior yang berjaya dalam bidang ini. Tapi bila kita berblogging semata-mata berkiblatkan trafik dan menjana pendapatan dari iklan sudah tentu sebaliknya akan berlaku.
Yang silapnya ialah menjana trafik dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu, sudah pasti matlamat kedua tidak akan tercapai. Seri rasa tiada seorang blogger yang ingin diperlakukan sedemikian rupa. Menggunakan auto blogwalk dan spamblog untuk mengirim message ke chatbox.
Sebagai blogger lama (senior) adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menunjukkan tauladan yang baik agar boleh menjadi ikutan untuk generasi yang akan datang. Bukan mengajar sesuatu yang boleh membawa sikap buruk menular kepada blogger baru.
Apa yang seri harap mereka-mereka yang terlibat dapat menghentikan kegiatan ini. Lambat laun jika ia berterusan akan memberi implikasi negatif. Apa yang perlu kita fikirkan ialah masa depan kewibawaan blogger Malaysia. Apa tanggapan blogger dari luar negara jika situasi ini terus berleluasa?
Sudah sampai waktunya kita buang yang keruh, ambil yang jernih. Perkara yang lalu kita lupakan, mulakan tahun 2011 ini dengan semangat kejiranan.
Kepada para blogger yang lain, seri harap jangan membelakangkan blogger yang telah membuat khilaf. Menghukum mereka tanpa memberi peluang kedua adalah suatu kesilapan. Mereka juga adalah sebahagian dari kita di dunia blogosphere ini.
Ingatlah ini hari mereka, hari kita belum tentu lagi. Waktu masih panjang, ibarat bumi ada waktunya terang, ada waktunya gelap. Memberi kemaafan kepada mereka yang membuat khilaf adalah sebaik-baiknya buat mereka. Semoga ada kesedaran pada diri mereka.








18 Pandangan:
Saya kurang setuju dgn penggunaan kaedah autoblogwalk ini sebab saya ingin mengenali bloggernya setiap kali saya melawat blog yg baru dan membaca artikel2 yg menarik minat saya sambil blogwalk dan bukan sekadar singgah di chatbox sahaja.
Sehingga sekarang CB yg saya dah keluarkan dari blog saya masih dilawati oleh autoblogwalker2 ini.
mmg hot isu ni.. gila, mmg tak patot la depa dok pakai software. sesape pun boleh buat. tapi pk la ape perasaan dorang bila dorang lak kena cam tu.
tambah kesian lagi kat blogger2 baru yg masih kurang arif lg dalam bab ni kn. dorang pnye la percaya yg 'depa depa' ni dah visit blog dorang, tapi hampeh.
kalau ada mana-mana blogger yang tersenarai tu buat kenyataan maaf secara terbuka, sila maklumkan kepada saya ye.. mahu tahu juga respon dia selepas pendedahan isu panas dunia blog ni
akulah blogger yang krang arif itu... huhu!
* Sila berblog dengan penuh beretika;)
Seri, xpe lah, diaorg xnak ilmu, hanya nk traffic je...mungkin traffic lebih berharga pd diaorg...
Hari isnin dah nak kluar
jalan jalan naik kereta
su manje dah nak kluar
rasa gembira tak terkata
Post seri tentang traffik
traffik di cari cara baik
biar blog su rendah traffik
Asal su manje hatinya baik
Bogwalking auto banyak sekarang
cara mudah jarang di kongsi
biarlah su manje blogwalking jarang
asal perhubungan kekal abadi
Hari isnin su manje nak keluar
Semoga kekal sihat abadi
terasa gembira sumanje diluar
teringat singgah di blog SERI
Amatlah indah berada di luar
Seperti burung terlepas di sangkar
terjah semua sahabat di luar
su manje adalah blogger tegar
salam...suhaisweet bukan ada satu blog tapi dua ..satulagi nama Chiublah..kalau tak silap..kalau bw manual 10 blog pun tak pe...setaka ni dia orang belum minta maaf..secara terbuka..eden pun malas nak jawab..bw mereka
perkara yg salah lambat laun akan terbongkar juga... biarlah kurang traffic tapi traffic yg dari sumber yg betul :)
mmg pening..sbb kejar trafik mcm2 jadi
Kalau dah sifat tamak beraja dihati, inilah akibatnya. Tak kira apa akibatnya yg penting "rm" masyukkk...
macam-macam cara orang berblog yer...
lama tak blog walking... bila blog walking dgr citer mcm ni... tapi tak pa itu hak masing-masing... biar kan mereka begitu... berapa lama mereka mampu berbuat begitu, hehehehe...
jom bW cara biasa.. hepi blogging semua ^^
nth lah masing2 ada misi dan visi.cik ain bt blog suka2 jer.dpt bljr benda baru dan kawan baru.suka tgk traffic tinggi tanda ramai org dtg dn kalau ada duit yg masuk Alhmdulillah.cik ain lbh suka cara biasa sb kita boleh baca n3 kawan2 yag lain
memang sangat2 xsuke auto blogwalking
nice entry seri :)
Mengapa Utara Tak Ditawan Portugis (Fakta sejarah)
Wah,..seru nich isu auto blogging, mantaff postingannya.
su manje umurnay muda
kena hormat pada yang tua
singgah pagi dihari isnin
blog seri su terjah jua
~~~~~~~~~~~~~~~su manje~~~~
kena rajin sikit la bw.. singgah dan folo
Catat Ulasan