Selamat Datang Diucapkan Kepada Semua Pengunjung Blog Ini Segala Komen Dan Saranan Teman Teman Amat Seri Hargai

Budaya Valentine Day

Ingatlah firman Allah S.W.T

“Orang Yahudi dan Nasarani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah, ‘Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar).’ Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keadaan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” (Surah al-Baqarah, ayat 120)

Dan juga hadis Baginda s.a.w:

“Pertama, jika dia mencintai Allah dan Rasulullah lebih daripada lain-lainnya. Kedua, jika dia mencintai sesama manusia semata-mata kerana Allah. Ketiga, enggan kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan Allah daripadanya, sebagaimana enggan dimasukkan ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


Sejarah Valentine Day

Paderi St. Valentino merupakan seorang paderi utama yang hidup pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dan merupakan antara orang terpenting yang menjatuhkan dan menzalimi umat Islam Cordovo, Sepanyol pada zaman lampau.

Rasulullah lahir pada 12 Rabiul Awal manakala tarikh kejayaan St. Valentino dan sekutunya menawan Cordova daripada umat Islam ialah pada 14 Februari. Tetapi apa yang peliknya terutama dikalangan umat Islam sendiri, tarikh 14 Februari lebih senang diingati berbandung 12 Rabiul Awal itu sendiri.

Bulan ini ia sekali lagi disambut dengan pelbagai cara yang dianggap oleh pasangan kekasih paling istimewa. Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros, mengadakan jamuan makan malam yang disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga dan sebagainya.

Siapa sebenarnya orang yang bernama Valentines ini sehingga diangkat begitu agung sekali dan dikalangan umat Islam sendiri popularitinya melebihi Rasulullah? Pensyarah Perbandingan Agama, Akademi Islam, Universiti Malaya, Khadijah Mohd. Hambali berkata, Valentine atau nama sebenarnya St. Valentino merupakan seorang pederi yang paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol.

Versi pertama ialah dia merupakan orang terpenting Ratu Isabella yang berperanan menumpaskan kerajaan Islam Cordova, Sepanyol. Jasanya itu dianggap oleh Ratu Isabella sebagai amat bermakna sehingga Valentino dianggap kekasih rakyatnya sendiri. Jesteru itu 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum disamping hari untuk merayakan kemenangan tersebut setiap tahun.

Menurut versi kedua pula, St. Valentino sebelum kejayaan itu dikatakan mempunyai dua orang kekasih. Kekasih pertama dikatakan beragama Islam manakala yang kedua beragama Kristian berfahaman Protestan. Oleh kerana berlainan agama, St, Valentino terpaksa melupakan kekasih pertama dan menumpukan perhatin kepada kekasih kedua.

Apabila ditanya Ratu Isabella apakan bentuk ganjaran yang boleh dikurniakan berikutan kejayaannya mengalahkan umat Islam, St, Valentino terus menyatakan yang dia ingin berkahwin dengan kekasih keduanya itu. Ini terus menimbulkan kegemparan dikalangan rakyat Cordova sendiri kerana Valentino merupakan paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan.

Ratu Isabella pula dikatakan murka dengan hasrat St. Valentino lalu memenjarakan Valentino buat sementara waktu. Begitu pun, baginda tetap mahu mencuba mengingati jasa paderinya itu dengan menetapkan 14 Februari sebagai Hari Mengingati kekasih yang ditujukan khas untuk St. Valentino.

Berdasarkan kedua-dua versi itu, apakah asas yang kukuh sehingga umat Islam sendiri menganggap Hari Valentine itu istimewa. Atau pun mereka hanya mengikut budaya barat secara membuta tuli, sedangkan tidak mengetahui siapakah sebenarnya St. Valentino itu.

Di harap para pemuda-pemudi kita boleh memahami perkara ini dengan lebih jelas dan mengelakkan diri dari menyambut Hari Valentine. Harus difahami Hari Valentine bukanlah budaya dari kita yang menganuti agama islam. Kepada ibubapa haruslah peka akan situasi ini dan menasihati anak-anak remaja mereka dari terjebak kedalam situasi yang tidak membawa faedah serta boleh memesongkan akidah seorang islam.

19 Pandangan:

nuriz Februari 12, 2011  

bersinar sinar templet le sini hehe..

nak komen psl ni jap..jangan le kita sambut perayaan yang bukan ajaran islam..lebih baik kita sambut maulidur rasul..tak gitu seri

Yastro Februari 12, 2011  

Rajin seri edit mengedit nih...hehehe...Okeh...cun pe..

Pasal Valentine ni,rasanya semua dah tau...cuma ambil berat ngan tak jer,kalau diaorg benar2 sayangkan agama sendiri dh tentu diaorang takkan sambut valentine day tu. Tapi kalau keislaman tu setakat kat nama jer...hmmm sendiri mau ingatlah...

p/s: baru je buang widget free backlinks..rupa2nya natang tu la segala punca blog yas jd slow semenjak 2/3 hari nih...

In_un Februari 12, 2011  

terima kasih seri,,saya setuju dengan coment diatas,,he,he,

M4RLiF Februari 12, 2011  

Aku setuju dengan comment atasku.

Sharifah nor Februari 12, 2011  

tak perlu ikut budaya barat..menjahanam kan lagi ada...

~~su manje~~~ Februari 12, 2011  

Amalkan budaya berjimat cermat
orang melayu kekalkan adat:
semua itu budaya barat
tiada panduan tentu melarat

Hari valentine untuk kekasih
dalam islam memang tak ada
seri singgah su berterima kasih
salam minggu dari sumanja

kalau menuai padi di sawah
usah terpijak sarang semut
usah kita bermewah-mewah..
Budaya barat usah diikut

Budaya melayu budaya sejati
amat unik hingga ke barat
mengapa diikut rasa hati
Apa kelebihan budaya barat..?

caliph shuriken Februari 13, 2011  

klau ada yg celeb seolah2 mengiyakan kejatuhan kerajaan Islam Cordova kn...

Amri Abd Rani Februari 13, 2011  

salam Seri...

teringin nk buat sajak tentang Valentine Day, tp xde feel...
mngkin xminat dgn V.Day, jd buntu...
hihi

cara membuat radio streaming murah Februari 13, 2011  

setuju, seharusnya sebagai umat islam kita hrus membuang jauh-jauh tradisi valentine.

Tebinfea Februari 13, 2011  

Hello dear friend.
Good Sunday.
Teb.

Mia Liana Februari 13, 2011  

valentine ni tak perlu... terlalu kebaratan.... mia tak pernah sambut pun...

thomas Februari 13, 2011  

Yg tak baik jgn ikutlah, tapi org2 muda sekarang semuanya trend ikut barat,apa nak jadi?

tehr Februari 13, 2011  

tibanya kini hari kekasih
sehari riang setahun sedih
tertipu cinta berlagak bersih
di kiri luka di kanannya pedih

~WaNniE~ Februari 14, 2011  

setuju dengan seri....

mohd sasuke Februari 14, 2011  

salam..maaf atas kelewatan balas kunjungan..jdual yg agak padat...trimas jenguk2 blog caer..=)

blog-tips-kurus Februari 15, 2011  

ni semua sebab pengaruh media massa.. sape dah tau, sila sedarkan rakan2 yang masih tak tau..

abu luqman Februari 18, 2011  

salam, ramai yang ternoda ..di malam hari kekasih

Teman Setia

This Blog Is Proudly Sponsored By SURF7 Template Modified By Seri Bahasa Proud To Be A Kinabatangan Blogger