Selamat Datang Diucapkan Kepada Semua Pengunjung Blog Ini Segala Komen Dan Saranan Teman Teman Amat Seri Hargai

Anatomi Sebuah Blogger Template

Siri kedua modifikasi template. Kali ini biar kita kenali dulu apa yang ada dalam struktur sebuah template. Ini amat penting agar kita lebih memahami bahagian-bahagian template sebelum melakukan pengubahsuaian.


1 - Body: Kawasan luar sebuah template. Biasanya kawasan keseluruhan yang tampil di layar komputer.

2 - Outer-wrapper: Kawasan yang mengandungi semua isi template. Secara umum Header, Content dan Footer berada dalam kawasan ini.

3 - Header: Bahagian paling atas template. Ia mengandungi berapa sub-blok seperti Tajuk Header, Banner, Menubar, dsb. Semua sub-blok ini terkandung dalam satu blok besar yang disebut Header-wrapper.

04 - Content-wrapper: Blok yang paling penting didalam sesebuah template. 2 atau lebih sub-blok terkandung didalam kawasan ini, Sidebar-wrapper (biasanya mengandungi 2 atau lebih sidebar) dan Main-wrapper.

05 - Footer-wrapper: Bahagian paling bawah template. Kawasan ini kadang mengandungi berapa sub-blok.

06 - Main-wrapper: Mengandungi berapa bahagian seperti Entri blok, Komen blok dan juga Tanggal Header.

07 - Sidebar-Wrapper: Bahagian dimana semua widget atau aplikasi template diletakkan.

08 - Blog Post: Bahagian terpenting dalam template yang mengandungi Tajuk Entri, Entri, Label, dsb.

Sekarang kita lihat struktur template dari sudut hierachi bermula dari blok yang besar ke sub-blok:

Body

Outer-wrapper

1. Header-wrapper
a. Tajuk Blog
b. Diskripsi Blog
c. Widget

2. Content-wrapper
a. Sidebar-wrapper (1,2,3...)
b. Main-wrapper
* Tanggal Header
* Entri
i. Tajuk Entri
ii. Kandungan Entri (Post Body)
iii. Footer Entri
*Komen
*Feed Link
*Widget

3. Footer-wrapper
a. Teks Footer
b. Widget

Diharap tutorial ini dapat memberi sedikit gambaran tentang isi kandungan sebuah template. Di artikel yang akan datang kita akan belajar kode CSS serta kode HTML yang ada dalam sebuah template.

5 Pandangan:

Kang Fatur Mac 25, 2011  

postingan menarik kawan, salam kompak selalu

Yastro Mac 26, 2011  

Thanks seri, pelan2 kayuh tuk memahami mende2 ni sumer...baru anatomi jer pun rasa beku dah nih...hehehe

d'zaro Mac 26, 2011  

tataletak templet memang seharusnya dimengerti dahulu sebelum kita merubahnya.. dan yang terpenting perubahan kita selalu dan tetap menarik.. salam vkunjungan, semoga berkenan silaturahmi ke rumah ku!

blog-tips-kurus Mac 26, 2011  

banyak tertinggal kelas ni.. :-)

NaNaSaHiR DaTaNg KoMeN.. Mac 26, 2011  

belajar dgn tak belajar....

Teman Setia

This Blog Is Proudly Sponsored By SURF7 Template Modified By Seri Bahasa Proud To Be A Kinabatangan Blogger