
Tapi menjadi impian setiap blogger terutama mereka yang menggunakan blogspot sebagai medium untuk memiliki blogger template yang mempunyai ciri-ciri tersendiri sesuai dengan tajuk blog mereka.
Untuk memiliki template seperti itu sudah tentu sukar kerana kebanyakkan template yang dihasilkan adalah bersifat umum dan mengikut citarasa perekanya. Bagi mereka yang baru menceburi dunia blogging, tanpa pengetahuan asas sudah pasti tidak mampu mengubahsuai template yang sedia ada.
Di sini seri mengambil kesempatan dari pengalaman yang seri timba dari negara tetangga dan juga dari pengalaman seri sendiri mengubahsuai template untuk di kongsi bersama dengan blogger baru.
Mulai bulan depan seri akan membuat beberapa tutorial cara-cara mengubahsuai Blogger Template secara "step by step". Untuk tujuan ini ada berapa aplikasi yang harus dimiliki.
01. Template - Seri akan sediakan satu template. Template ini lengkap cuma seri ubah warnanya menjadi hitamputih agar senang diubah nanti.
02. Right Click Image - Aplikasi Untuk mengubah size gambar.
03. Easy Thumnails - Aplikasi Untuk mengubah size gambar.
Selain dari itu anda juga harus membuat satu blog khusus untuk tujuan pengubahsuaian template.
Kepada mereka-mereka yang berminat jangan lupa ikuti artikel-artikel selanjutnya cara-cara mengubahsuai Blogger Template mulai bulan April.








18 Pandangan:
bagus ni seri...teruskan...yas support usaha2 mcm nih...mmg negara tetangga kita lebih advance dlm bidang nih...banyak juga yg yas usha2...spt blog kang rohman...
Memang harus memilih template blog yang sesuai, SEO yang tersedia, bagus entry ni.
nice info :)
template blog saya mesra SEO tak ?? hehe
Bagus seri boleh bagi lebih pengetahuan dlm pengubahsuaian template ni.. tq
hebat nih.. truskan yer seri..
ammboi akan ikuti perkembangan tutorial seri tu.. insyaallah...
menarik sekali.cik ain pasti akan menjadi murid yang setia he3....
template tu byk yg cantik tapi selalu rambang mata. tak tahu mana satu nak pilih.
ok..biasanye, nana guna background blogspot je..senang nak ubah2 background blog..templet ni mcm leceh kot... hehehhe
akak sebenarnya takut nak cuba benda2 baru cam ni...tunggu anak jer yg buat kan...tu pun tunggu cuti semester dulu..hmmm
Info menarik kawan, selamat dan sukses slalu untuk berkarya
Tgh dok usha2 kod yg membolehkan kita tuka saiz lebar blog....payah no nak cari...
Yastro @ nak ubah saiz lebar blog cari #blog-wrapper. nak ubah tu yang lain pun mesti ubah supaya seragam.
#header-wrapper
#content-wrapper
#main-wrapper
#sidebar-wrapper
kpah k-poh@ seri pun ambil masa baru boleh faham semua tu.
Adzriel AB@ template yang kita download dari internet kadang ada yang terpasang kod2 tertentu yang memberi keuntungan kepada perekanya.
NaNaSaHiR DaTaNg KoMeN..@ ubahsuai satu template yang dapat memberi identiti tersendiri untuk blog kita.
Kang Fatur@ bantuan dari sobat amat seri hargai untuk menjayakan misi seri ini.
ammboi.blogspot@ mudah-mudahan akan seri usahakan di awal bulan april ini.
Hadi@ template yang SEO friendly akan lebih memudahkan artikel2 yang kita post cepat muncul di SERP.
mamayung@ belajar rajin2 tau supaya boleh ubahsuai sendiri template.
nampaknya lama lagi le baru bole ubahsuai kelebaran blog tu...saspen gak...hehehe
tak sabar nak tunggu template dari seri..boleh belajar ubah2 dan tambah2 kod.. :)
Mantaff sobat..terimakasih infonya
akak jadi pelajar seri yg setia nanti..
untuk blogspot je ke?? wp xde?? :p sure chii dtg sini je la nnt :p
Catat Ulasan