Selamat Datang Diucapkan Kepada Semua Pengunjung Blog Ini Segala Komen Dan Saranan Teman Teman Amat Seri Hargai

Cara Memasak Mee Segera

Siapa yang tidak kenal mee segara atau lebih dikenali sebagai Mee Instant. Di Malaysia ada berbagai jenama mee segera, tapi yang lebih terkenal atau popular seri rasa ialah Mee Maggi.

Sekadar Gambar Hiasan

Selain amat mudah untuk disajikan, harganya juga murah sebab itu ramai penggunanya terdiri dari anak-anak muda terutama dari golongan pelajar Kolej atau IPT. Tapi tidak ramai yang mengetahui cara mengolah mee segera dengan cara betul agar tidak membawa masalah kesihatan kepada penggunanya.

Seperti yang kita ketahui cara-cara memasak mee segera, kalau kita perhatikan dibungkusan terutama Mee Maggi terlebih dulu mee harus direndam dalam air panas lepas itu baru dimasukkan perencahnya.

Kenapa peraturan harus begitu, kenapa tidak sama-sama mee dengan perencah disatukan kemudian direndam dengan air panas? Untuk jawapan sila baca selanjutnya dibawah.

Kita sudah maklum Mee Segera mengandungi MSG (Monosodium Glutamate) sebagai salah satu bahan utamanya. Disinilah terletak bahaya yang boleh memudaratkan kesihatan jika salah memasak Mee Segera.

Mee Segera jika dimasak bersama perencahnya yang mengandungi Monosodium Glutamate jika dipanaskan sehingga mencapai suhu 120 derajah celsius atau lebih akan berubah menjadi Karsinogen.

Karsinogen amat merbahaya untuk kesihatan manusia. Karsinogen boleh menyebabkan kanser dengan mengubah asam deoksiribonukleat dalam sel-sel tubuh manusia.

Selain dari itu, kajian CAP ke atas 10 sampel mi segera mendapati tiga daripadanya mengandungi natrium melebihi 1,000 miligram. Pengambilan mee segera akan mengakibatkan pengambilan garam yang berlebihan di dalam badan kita.

Kepada yang sering menggunakan Mee Segera dapatlah mengubah cara memasak agar tidak memudaratkan kesihatan dikemudian hari kelak.

11 Pandangan:

~~su manje~~~ Julai 13, 2011  

ape pun tulah yang ringkas

Sendiri (Lomba Puisi) Julai 13, 2011  

cara memasaknya seperti mie biasa...

indonesia berkunjung... and makasih infonya gan...

sukses selalu...

Adylia Qarissa Julai 13, 2011  

jarang mkn mee segera sebab perot akan meragam :)

eikieyn Julai 13, 2011  

kin suke makan maggi, tp setiap kali makan, perot cam buat hal. so kalau2 btol2 teringin baru masak. :P hehe. but btw, nice info here. nasib kin mmg masak separate dgn perencah. :P

Amri Abd Rani Julai 13, 2011  

Salam Seri...

byk makan ni la...rambut makin gugur selai selai...huhu

apa2 pun mmg sedap kan, makan gitu pun sedap...bdk2 asrama besor dgn mee ni je...mentah2 pun makan....

Yastro Julai 13, 2011  

Huisshhh...lamo dh tak makan maggi nih...terhingin pun ada bila tgk gambo...hehehe...kene lak mmg perut tgh dok berlapo jerrr...

#Thanks de info...

sop Julai 13, 2011  

Makan juga tp kadang kadang jer

tehr Julai 14, 2011  

dah lama tak makan megi ni, seri
tengok pun dah tak selera
akibat dari banyak sangat makan masa dulu2
hehe

blog-tips-kurus Julai 15, 2011  

saya pon pernah post tajuk ini juga. rindu pulak kat en & cik megi.. :-)

yudee Julai 21, 2011  

pantasan sepupu aku yg dari Malaysia sering bilang Maggi..ternyata itu merk mie yah...!!
kalo di Indonesia ada banyak mie n murah2 semuanya..yg paling populer Indomie..faforitQ mie Sedaap kari.

Mie+nasi adalah makanan hari2 saya..gara2 mie aku jadi Alergi..

untuk mengurangi alergi mie airnya saya buang n ganti dengan yg baru..

Teman Setia

This Blog Is Proudly Sponsored By SURF7 Template Modified By Seri Bahasa Proud To Be A Kinabatangan Blogger