Selamat Datang Diucapkan Kepada Semua Pengunjung Blog Ini Segala Komen Dan Saranan Teman Teman Amat Seri Hargai

Gurindam Adat Bersuami Isteri

Anakda sekarang bersuami isteri...

Belajar-belajar tahukan diri,
Tahu menyukat sama penuh,
Tahu menimbang sama berat,
Tahu mengukur sama panjang.

Tahu menjaga anak isteri,
Tahu menjaga orang tua,
Tahu menjaga mertua,
Tahu menjaga ipar duai,
Tahu menjaga kaum kerabat.

Biar teruk asal keluarga elok,
Biar berhutang asal anak menjadi orang,
Biar bergadai asal anak pandai,
Biar tenat asal anak isteri selamat.

Adat hidup sebagai menantu...

Yang tua sama dihormati,
Yang muda sama dikashi,
Yang sebaya sama disayangi,
Yang jauh sama dihampiri,
Yang dekat sama diziarahi.

Kalau sedap sama dikecapi,
Kalau perisa sama dirasa,
Kalau rezeki sama dibagi,
Hati gajah sama dilapah,
Hati kuman sama dicecah,
Makan tidak kenyang seorang.

Hidup sandar menyandar,
Bagai aur dengan tebing,
Jangan hidup seperti enau,
Melepaskan pucuk masing-masing.

Adat hidup bersuami isteri,
Sentiasalah anakda berbaik hati.

Adat orang bersuami isteri,
Pahit manis sama dirasa,
Dalam surut ada pasangnya,
Dalam susah ada senangnya,
Dalam sempit ada lapangnya.

Kalau tebu seruas seorang,
Kalau nangka seulas seorang,
Payung satu sama berteduh,
Perahu satu sama menyeberang.

Tikar sehelai sama ditiduri,
Selimut satu sama dikongsi,
Kalau sempit sama berhimpit,
Kalau lapang sama berlegar.

Yang hilang sama dicari,
Yang kurang sama diberi,
Yang kosong sama diisi,
Yang salah sama dibaiki.

7 Pandangan:

tehr Julai 19, 2011  

adat kita suami isteri
sama diam dalam negeri
adat kita dalam negeri
yang kotor sama dicuci

hehe

orangelover Julai 19, 2011  

cumel!terima kasih untuk gurindam yang best nie..nak share boleh?

org muo Julai 19, 2011  

nak buka buku dah malas..harapkan seri bahu digalas...terbaik :)

sop Julai 19, 2011  

Bukan senang hidup suami isteri tetapi lagi susah tidak bersuami beristeri

thomas Julai 21, 2011  

Perahu satu sama menyeberang
tapi jgn lebih muatan
nanti sama menyelam.

Yastro Julai 23, 2011  

I like dis....hanya yg berpengalaman je yg tahu pahit maung hidup bersama. Setuju ngan sop...klau tidak bersuami isteri lagi hidup tak karuan...hehehe

leeya abdul Ogos 07, 2011  

Gigi bertatah dengan gewang
Kelip kilau nampak berjahang
Rumah buruk lantai jarang
Kalau terperlus malu kat orang

k.leeya tulis http://way2healthynbeauty.blogspot.com/2011/08/jom-singgah-ke-blog-geniusblogger.html

Teman Setia

This Blog Is Proudly Sponsored By SURF7 Template Modified By Seri Bahasa Proud To Be A Kinabatangan Blogger