Selamat Datang Diucapkan Kepada Semua Pengunjung Blog Ini Segala Komen Dan Saranan Teman Teman Amat Seri Hargai

Pantun Hidup Setia


Burung merpati terbang seribu,
Hinggap seekor di tengah laman;
Hendak mati di hujung kuku,
Hendak berkubur di tapak tangan.

Burung punai terbang sekawan,
Kena seekor ditembak tinggi;
Kita umpama kapan dibadan,
Sama hancur tidak berganti.

Ke darat rumah Tok Hakim,
Hujan panas berderai-derai;
Sudah disiram air talkin,
Baru kasih kita bercerai.

Mayung ibul mayung ilam,
Ketiga dengan mayung sebatu;
Sama timbul sama tenggelam,
Bagai sauh bergantung batu.

Singa raja pelana urai,
Patah galah dalam perahu;
Niat di hati tak mahu bercerai,
Kuasa Allah siapa tahu.

Batang pulai di dalam hutan,
Batang rumbia dikerat-kerat;
Kasih terlanjur padamu puan,
Dari dunia sampai akhirat.

Rejang ini rejang halipan,
Halipan beranak dalam padi;
Tuan laksana kain kapan,
Buruk tidak dapat diganti.

Buah berangan dari Palembang,
Dijual dengan buah keranji;
Jangan tuan berhati bimbang,
Saya tidak mungkir janji.

Lancang baginda baru didandan,
Bunga selasih kulurut juga;
Biar kekanda rebah dimedan,
Hati yang kasih kuturut juga.

Bulan terang labi bermain,
Anak muda jangan bersuluh;
Kita laksana baju dan kain,
Takkan renggang dari tubuh.

22 Pandangan:

tehr Julai 24, 2011  

dalam gelita perahu senget
terpadam lampu tiada cahaya
umpama komputer dengan internet
hilang satu hampa keduanya

~~su manje~~~ Julai 24, 2011  

mendalam sungguh pantun tehr,
kalau diikut rasa binasa,
nasihat sumanje pada tehr:
bahagikan masa dengan bijaksana...

op anaz Julai 25, 2011  

buah pinang buah kelapa,
saya suka...
hehe

gnesop.com Julai 25, 2011  

tak reti nak balas cam saudara teh..
senyum jer yer kat sini :)

Amri Abd Rani Julai 25, 2011  

Bulan terang labi bermain,
Anak muda jangan bersuluh;
aku di sini tumpang bermain,
jangan sesiapa tuduh menuduh.

hihi...bleh kan..kan..kan...

dtechno Julai 26, 2011  

Mau komen apa yachhh???
pokoknya sip dahhhhh

syiela Julai 26, 2011  

pagi ni sarapan seri muka.. syiela pun suka :)

Zona Indonesia Julai 26, 2011  

1, 2, 3, .. jalan raya tidak berujung,
saya berkunjung ... :) Peace

Amri Abd Rani Julai 27, 2011  

Burung punai terbang sekawan,
Kena seekor ditembak tinggi;
dunia ini cuma pinjaman,
Allah jua kekal abadi..

Amri Abd Rani Julai 29, 2011  

Batang pulai di dalam hutan,
Batang rumbia dikerat-kerat;
semoga datangnya bulan Ramadhan,
menambah nikmat membawa berkat.

Mrs Nury Julai 29, 2011  

Tak pandai berbalas pantun,
Tapi tajuknya menarik hati,
Dibaca dari mula sampai hujung,
Sesuai ke tujukan buat si suami?


:)

Amri Abd Rani Julai 30, 2011  

Rejang ini rejang halipan,
Halipan beranak dalam padi;
datang ini datang nak makan,
boleh belanja kalau sudi.

alif haris Ogos 02, 2011  

dua tiga kucing membesa,
selamat berpuasa ,


hehehe .. pantun dua kerat je alif pndai haha :D

bluedianthus Ogos 04, 2011  

Wah..pantun hidup setia seri ni ya..hehe.. :) Saya pun nak cuba ni seri:

Hijau hijau si daun pandan
Hijau lagi si pucuk pisang
Kalau yang setia jadi idaman
Setialah juga pada yang tersayang..

Ewah..hehe..

Belalang Hijau Ogos 04, 2011  

dalam taman ada puteri,
puteri dari si....err...err...

x reti la nak berpantun-pantun...huhuhu

gavee Ogos 05, 2011  

Pantun yang indah...

Khairil Ogos 06, 2011  

datang bertandang ke blog seribahasa,
membaca entry yang terbaik punya,
indahnya pantun peribadi bangsa,
harap dikekalkan sampai bila-bila....

mufied Ogos 07, 2011  

saya tidak begitu pandai membuat pantun, tapi nice pantun untuk mu sobat ...


O y, maukah kamu link exchange dengan blog saya ?
link kamu sudah terpsang di blog ku sob, di tunggu link backnya ... Thnks. ...

arev tyan Ogos 07, 2011  

sajak yang bagus!bisa belajar buat pantun di sini nih!ntun di sini nih!

org muo Ogos 07, 2011  

anak punai terbang melayang
singgah mari di teratak seri
ungkapan kasih utk tersayang
ucapan iklhas lahir dari hati

hantam saja la labu...he he terbaik :)

leeya abdul Ogos 07, 2011  

Jalan-jalan sepanjang malam
Singgah-menyinggah di pagar orang
Pura-pura mencari ayam
Ekor mata di anak orang..

k.leeya tulis http://way2healthynbeauty.blogspot.com/2011/08/jom-singgah-ke-blog-geniusblogger.html

Teman Setia

This Blog Is Proudly Sponsored By SURF7 Template Modified By Seri Bahasa Proud To Be A Kinabatangan Blogger