Selamat Datang Diucapkan Kepada Semua Pengunjung Blog Ini Segala Komen Dan Saranan Teman Teman Amat Seri Hargai

Pantun Merisik


Pohonnya rendah dahannya rendah,
Bertebar ke bumi buah bidara;
Minum sudah sirih pun sudah,
Bolehlah kami buka bicara.

Sudah lama kami ke tasik,
Tali perahu terap belaka;
Sudah lama kami merisik,
Baru kini bertemu muka.

Rebus laksa lalu disejat,
Jangan terkurang letak kuahnya;
Kami datang membawa hajat,
Hajat orang kami penyampainya.

Sudah lama langsatnya condong,
Dahannya rebah ke ampaian;
Sudah lama niat dikandung,
Baru sekarang disampaikan.

Tinggi-tinggi si matahari,
Anak kerbau mati tertambat;
Sekian lama kami mencari,
Baru sekarang kami mendapat.

Raja Hindu raja di Sailan,
Singgah berenang di persiraman;
Bagai pungguk rindukan bulan,
Kumbang merindu bunga di taman.

Cederawasih burung yang sakti,
Singgah hinggap di atas karang;
Kasih berputik di dalam hati,
Dari dahulu sampai sekarang.

Singgah berenang di persiraman,
Mayang terendam di dalam tasik;
Kumbang merindu bunga di taman,
Bintang merindu cenderawasih.

Jentayu burung di awan,
Batu gemala penghias mahkota;
Tepak sirih di atas puan,
Itulah mula pembuka kata.

10 Pandangan:

ArulchelseA Julai 15, 2011  

berjalan-jalan ditepi tasik
sambil berjalan memakan buah
sudah siap pantun merisik
siapa gerangan bunga bertuah

äþèéž™ Julai 15, 2011  

selalu tengok dalam tv jer acara merisik siap berpantun bagai. tapi rasanya masih ada lagi kan yg amalkan budaya tradisi ni. terutamanya orang melaka.

COF Julai 15, 2011  

Pantun yang sangat bagus, terima kasih atas pantunnya, salam kenal.

gnesop Julai 16, 2011  

Tak reti nak berpantun. Kalau jadi kumpulan merisik, boleh akrr. Hahaja

tehr Julai 16, 2011  

ikan keli tidak bersisik
ada sengat di kanan kiri
datang kami mahu merisik
tak kan tak ada air kopi

~~su manje~~~ Julai 18, 2011  

sungguh indah si pantun seri
log hijau jadi pilihan
sumanje datang kesini lagi
singgah walau semanje keletehan

salam malam isnin seri

cik bulan Julai 18, 2011  

pantun merisik bunyinya indah,
diguna untuk memetik si dara,
anak dara berangan sudah,
agak2 bilalah giliran saya.

hahahaha..*lingkup pantun..=.=''..ngeh3x..

org muo Julai 18, 2011  

mmg sedang tercari-cari pantun pembuka bicara majlis merisik & pertunangan..terbaik :)

SATPAM GAUL Julai 25, 2011  

Awak tak ngertilah...

TisuMedia Julai 26, 2011  

pantun ni macam bez jer kalo simpan dalam koleksi.. boleh guna masa nak merisik nnt.

Teman Setia

This Blog Is Proudly Sponsored By SURF7 Template Modified By Seri Bahasa Proud To Be A Kinabatangan Blogger