Selamat Datang Diucapkan Kepada Semua Pengunjung Blog Ini Segala Komen Dan Saranan Teman Teman Amat Seri Hargai

Album Raya Sepanjang Zaman

Ketika puasa sudah di tengah jalan, makcik-makcik sibuk di dapur dengan kueh rayanya, kanak-kanak sibuk dengan mercun dan bungapinya. Sudah tentu inilah saatnya lagu-lagu raya mulai berkemundang dimana-mana saja.

Yang muda-mudi dengan lagu raya baru, pakcik-pakcik dan makcik-makcik dengan lagu raya lama sambil mengimbau nostalgia silam. Tapi lagu raya lama juga menjadi pilihan ramai. Apa yang membezakan di antara lagu raya lama dan baru ialah susunan senikata lagu, olahan musik yang menarik dan yang lebih menonjol ialah vocal para penyanyi lama lebih unggul jika dibandingkan dengan penyanyi baru.

Terlalu banyak album raya di pasaran, samada yang lama, yang diulangcetak atau terbitan baru. Di antara semua album tersebut, ada di antaranya yang terunggul, segar malar sepanjang zaman.

16 Lagu Lagu Hari Raya Aidilfitri

Album Cover Depan

Album Cover Belakang

Di antara semua album raya, Album Raya 16 Lagu Lagu Hari Raya Aidilfitri tidak dapat dinafikan adalah yang terbaik. Mengandungi 16 lagu yang diambil daripada tiga album hari raya terbitan EMI iaitu Selamat Hari Raya Aidilfitri (1973), Bergembira Di Hari Raya (1977) dan Album Hari Raya (1981). Diterbitkan pada tahun 1982 oleh syarikat EMI (Malaysia) dan telah berapa kali di ulangcetak dan hingga kini masih menjadi pilihan ramai setiap kali menjelang Hari Raya.

15 Pandangan:

tehr Ogos 17, 2011  

dendang perantau paling best
dan akan terus terbaik sampai bila2

Bangjal Dua Tiga Ogos 17, 2011  

link downloatnya mana ne..hehe

pingin donlot ne.. internetnya ge bagus agn

Seri Bahasa Ogos 17, 2011  

tehr@ kalau seri bersabarlah sayang memang tak pernah miss tiap raya menjelang mesti pusing punye..

blog-tips-kurus Ogos 17, 2011  

suka lagu lama evergreen. yg baru ni ntah apa-apa..

*ade komposer tak sini? hehe!

hyz Ogos 17, 2011  

lagu raya lama mmg besh...

Yastro Ogos 17, 2011  

Yuppp...mmg setuju sangat2...ni la lagu yang tetap akan menjadi ingatan biarpun 20/30 tahun mendatang...insyaallah.

rofi @tips keluarga harmonis Ogos 18, 2011  

Saya menyukai lagu-lagu pop rock Malaysai

lina @happy family Ogos 18, 2011  

Kangen pengin mendengarkan lagu nya Shela Madjid.

Belalang Hijau Ogos 20, 2011  

teringin nak dgr lagu D.J dave yang seri suruh belalang cari aritu... best ke?

gnesop.com Ogos 21, 2011  

semua lagu lara yg best...
mmg tangkap shahdu :)

abgreds Ogos 24, 2011  

Salam Seri....
Lagu lama banyak kenangan woo...
Selamat Hari Raya !

Amri Abd Rani Ogos 26, 2011  

bila raya...selalu pasang piring hitam lama...piring hitam lagu raya ada lagi... semua lagu best... P.Ramlee (Dendang Perantau) paling menusuk jiwa...syahdu2 gitu...hihi

Khocet Ogos 28, 2011  

Minal 'aidin wal faizin.. maaf lahir bathin

zul permatang badak Ogos 29, 2011  

selamat hari raya...sri..

LadyBird September 07, 2011  

selamat hari raya.. maaf zahir batin :)

Teman Setia

This Blog Is Proudly Sponsored By SURF7 Template Modified By Seri Bahasa Proud To Be A Kinabatangan Blogger