Selamat Datang Diucapkan Kepada Semua Pengunjung Blog Ini Segala Komen Dan Saranan Teman Teman Amat Seri Hargai

Gurindam Ajak Berbaik

Pulanglah wahai...
Pinang ke tampuknya,
Sirih ke gagangnya.
Buah ke tangkainya,
Kelopak ke bunganya.

Pulanglah wahai...
Ikan ke lubuknya,
Belut ke lubangnya.
Teritip ke batunya,
Semut ke sarangnya.
Burung ke sangkarnya,
Kerbau ke kandangnya.
Cahaya ke apinya,
Tempa ke acuannya.
Mujarab ke obatnya,
Makbul ke doanya.
Keris ke sarungnya,
Panah ke busurnya.
Cuban ke jaringnya,
Benang ke jarumnya.
Ranting Ke dahannya,
Perdu ke pangkalnya.
Air ke geluknya,
Teluk ke tanjungnya.
Emas ke nilainya,
Harum ke kuntumnya.
Arif ke bijaksananya,
Ilmu ke alimnya.

Pulanglah wahai...
Kasih ke hatinya,
Asyik kepada masyuknya,
Dewi kepada dewanya,
Romeo kepada Julianya,
Dara kepada Udanya,
Sita kepada Ramanya,
Permaisuri kepada sultannya,
Laila kepada Majnunnya,
Hawa kepada Adamnya,
Bulan kepada bintangnya,
Irama ke lagunya,
Cincin ke jarinya.

Pulanglah...
Aduhai buah hatiku...

5 Pandangan:

ArulchelseA Ogos 14, 2011  

besttt...

sy gurindam tk pndai sgt..pntun bleh la...

Yastro Ogos 15, 2011  

Dah lama tak baca gurindam...dengo gurindam pn dh lamer jugak...bahaye nihhh...:)

org muo Ogos 15, 2011  

pulanglah
isteri kepangkuan suami
suami keriba isteri
aku sentiasa pulang ke pangkuan isteriku kekasihku :)

tehr Ogos 16, 2011  

raya dah dekat ni
jangan lupa beli tikit balik kampung beraya

selamat bersahur, seri

Khocet Ogos 16, 2011  

Pulanglah ke pangkuanku dg kasih sayangmu....disini aku slalu menunggumu

Teman Setia

This Blog Is Proudly Sponsored By SURF7 Template Modified By Seri Bahasa Proud To Be A Kinabatangan Blogger