Selamat Datang Diucapkan Kepada Semua Pengunjung Blog Ini Segala Komen Dan Saranan Teman Teman Amat Seri Hargai

Kehebatan Wanita

01. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

02. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

03. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 lelaki yang jahat.

04. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

05. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

06. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

07. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

08. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

09. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "Bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "Bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah

13 Pandangan:

S..U..D..@..I..S Ogos 07, 2011  

senangnya nak dapat pahala asalkan ada ikhlas..tq 4 sharing..

Gen2Merah Ogos 08, 2011  

indahnya wanita diciptakan untuk Lelaki... saling memerlukan untuk kehidupan abadi yang mulia di dunia dan akhirat.. syukurlah kita diciptakan sebagai manusia untuk terus bertakwa kepada Nya..

Yasri Ogos 08, 2011  

Terlalu banyak kelebihan dan keistimewaan yg Allah S.W.T telah beri tuk kaum hawa ni rupa2nya...
tak sangka betul laa...tengs seri.

Amri Abd Rani Ogos 09, 2011  

suka no 6... begitu mudah utk wanita peroleh pahala jihad, xpayah ke medan perang.....begitu lah kasih sayang Allah pd hambanya...

Amri Abd Rani Ogos 09, 2011  

tambahan : suka semua, cuma lebih tertarik dgn no 6... jgn salah faham deh... nti kurang pahala puasa...hihi

arev tyan Ogos 09, 2011  

tanpa wanita tak mungkin ada lelaki,,,nice post,,

Tanpa Nama,  Ogos 10, 2011  

Tuhan buat lelaki dulu baru wanita, klu tak buat lelaki mungkin tade wanita..hehehe.

halobro Ogos 12, 2011  

artikel menambah spirit kaum wanita utk slalu berbuat baik dihadapan Allah. makasih ya.

kakyon Ogos 13, 2011  

senangnya wanita nak dapat pahala..menuntut ketekunan dan kesabaran..

Belalang Hijau Ogos 14, 2011  

bersyukurlah anda d lahirkan sebagai wanita...x yah gatai2 nak tukar jd lelaki ;)

org muo Ogos 14, 2011  

beruntung jadi wanita solehah

Ahmad Kamil Ogos 28, 2011  

salam...nice sharing..untung jd wanita..tapi apeb ni lelaki =P...ingatlah di belakang setiap sorang lelaki yg hebat pasti ada sorang wanita yg menjadi sandaran buatnya..

Ahmad Kamil Ogos 28, 2011  

salam...nice sharing..untung jd wanita..tapi apeb ni lelaki =P...ingatlah di belakang setiap sorang lelaki yg hebat pasti ada sorang wanita yg menjadi sandaran buatnya..

Teman Setia

This Blog Is Proudly Sponsored By SURF7 Template Modified By Seri Bahasa Proud To Be A Kinabatangan Blogger