Selamat Datang Diucapkan Kepada Semua Pengunjung Blog Ini Segala Komen Dan Saranan Teman Teman Amat Seri Hargai

Si Pungguk Rindukan Bulan


Malam sepi angin berdesir,
Gugur daun jatuh ketanah;
Burung Pungguk ibarat musafir,
Melangkah kaki tak berarah.


Pertama mula pungguk merindu,
Berbunyilah mendayu-dayu;
Hatinya rawan bercampur pilu,
Seperti diiris dengan sembilu.

Pungguk bermadah seraya merawan,
Wahai bulan terbitlah tuan;
Gundahku tidak berketahuan,
Keluarlah bulan dicelah awan.

Sampainya hati dikau bulan,
Rindu cintaku kau diamkan;
Seribu tahun tetap ku harapkan,
Semoga ada belas kasihan.

Tengah laut patah dayung,
Patah dayung hajat tak sampai;
Niat hati nak peluk gunung,
Apakan daya tangan tak sampai.

Mari bersembang atas beranda,
Pulut dibungkus daun palas;
Menadah kasih kepada yang tiada,
Hingga kini tak berbalas.

Ambil kain buat alas,
Gadis mengidam buah berangan;
Kalau rindu tak berbalas,
Alamat nanti mati beragan.



Hasil Karya: Seri Bahasa
Pada: 12/10/2011
Jam: 12:30 pagi

12 Pandangan:

thomas Oktober 23, 2011  

Rindu pungguk rindu yg tak habis-habis.

SailorMan Oktober 23, 2011  

Aku tak mau macam pungguk,kerje takde hasil heheh

EmpayarUtama Oktober 23, 2011  

Member aku pernah kata kalau jd burung dia nak jadi helang mata tajam terbang tinggi boleh turun bawah pun boleh (lepas dia dapat surat putus cinta yg awek dia tulis diorang x serasi cam enggang dengan pipit)

tehr Oktober 24, 2011  

kesian sang pungguk
rindukan bulan purnama
mata ni dah ngantuk
hujan pula di luar sana

hehe

Yastro Oktober 24, 2011  

Pantun Seri cuba ku balas
Cuba ku perah segala kudrat
hari senin sangat la malas
malas kerana badan dah penat...


huhuhu......hantam je la Seri...:D

Segawon Oktober 27, 2011  

aku merindukanmu waelah...

Wan85 Oktober 27, 2011  

http://wanwidget.com
nak komen la nih, hehe

Amri Abd Rani November 01, 2011  

Kalau lah pungguk tu tau permukaan bulan menggerutu....????

Jalanan Hamba November 04, 2011  

lebih baik jadi seperti bulan, walaupun wajahmu taklah secantik mana namun dirimu sentiasa dirindui.. ewah...

RESMANSHAH November 04, 2011  

Salam perkenalan dari saya...

Teman Setia

This Blog Is Proudly Sponsored By SURF7 Template Modified By Seri Bahasa Proud To Be A Kinabatangan Blogger