Selamat Datang Diucapkan Kepada Semua Pengunjung Blog Ini Segala Komen Dan Saranan Teman Teman Amat Seri Hargai

Harimau Muda...Boleh...

Gelanggang sudah disediakan,
Turun beraksi lagak jagoan;
Kalah menang adat perlawanan,
Dua serumpun dilupa jangan.

Syukur alhamdulillah...Akhirnya doa seluruh rakyat Malaysia termakbul...Harimau Muda tidak menghampakan Malaysia dengan menyumbangkan raja kepada segala raja emas buat Kontinjen Malysia di Sukan SEA, Indonesia.

Detik Detik Kemenangan Skuad Harimau Muda

Turun tanpa kesebelasan pemain utama serta di kejutkan jaringan gol oleh Team Garuda yang menurunkan barisan pemain terbaik pada minit ke 5 tidak melemahkan semangat juang Harimau Muda.

Tandukkan menarik pada minit ke 34 oleh Asrarudin Putra Omar telah menyuntik semangat juang yang kental untuk terus bertahan dari asakkan bertaliarus dari Team Gauda serta sesekali memberi asakkan yang mencemaskan ke pintu gol pihak lawan.

Pelawanan yang berterusan hingga ke minit 120 akhirnya ditentukan dengan tendangan penalti setelah kedua pasukan terikat dengan jaringan 1-1. Detik kemenangan Skuad Harimau Muda semakin dalam genggaman bila penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat berjaya menyelamatkan tendangan penalti terakhir dari pemain Skuad Garuda, Ferdinan Siaga.

Dan detik yang ditunggu-tunggu, bila ketua pasukan Harimau Muda, Baddrol Bakhtiar menyempurnakan tendangan penalti terakhir dengan penuh bergaya...Syabas...Syabas...Harimau Muda...Boleh...


Keputusan penuh perlawanan setelah tendangan penalti Malaysia 1(4) - Indonesia 1(3)

16 Pandangan:

ujang kutik @ ibrahim saleh November 22, 2011  

Bila ada yang menang, akan ada yang kalah.Bila ada yang suka, akan ada yang kecewa.

Seeloknya serlahkanlah nikmat menang seadanya. Nikmat menang adalah anugerah Allah yang sepatutnya menambah syukur kita kepadaNya.

Nikmat menang sepatutnya tidak sekali-kali dicacatkan dengan riak.

tehr November 23, 2011  

tahniah2, tapi tak boleh nak seronok sangat ni
malam nanti ada lagi perlawanan yang penting
harap2 kita dapat menumpaskan syria nanti

Redva Kaurvaki November 23, 2011  

selamat untuk timnas Malaysia, Indonesia hanya kurang beruntung saja...

Deganshah Putra November 24, 2011  

Yang penting lagi saling menghargai sob :)

Yastro November 24, 2011  

Terbaik dari Harimau Malaya...ngauman menderu sehingga ke seberang tambak!!!

mile November 24, 2011  

tahniah buat skuad harimau pertahankan gelar muda,bertemu kembali pada event yg akan datang..

mile November 24, 2011  

selamat buat skuad harimau muda yg berhasil pertahankan gelar..,dan akan bertemu kembali pada event yg akan datang dgn skuad garuda.

suri November 24, 2011  

syukur kita menang rasa indah mlm tu heee

Cheqna November 24, 2011  

Adat permainan menang kalah,
Menjadi juara..Alhamdulillah,
Teruskan usaha biar terserlah,
Kepada-NYA jua kemudian berserah.

:-)

cikguden November 25, 2011  

Tahniah Harimau Muda sebab harumkan nama Malaysia. Semoga terus kekal beraksi cemerlang

Jalanan Hamba November 25, 2011  

Tahniah.. semoga Harimau Muda akan terus mengaum. kalah menang adat perlawanan. Yang penting semangat kesukanan. Jangan sampai berkelahi dan bermasam muka...

LadyBird November 26, 2011  

Alhamdulillah.,.. kita menang.. yesss!!

lady x minat bola.. tp sokong tetap sokong :D

Graphic Designer November 28, 2011  

Selamt buat tim harimau malaya, but, garuda muda indonesia adalah kebanggaanku,,,..

septiaji Februari 10, 2012  

selamat buat timnas malaysia ya.
Walaupun kalah aku selalu mendukungmu garuda muda

Teman Setia

This Blog Is Proudly Sponsored By SURF7 Template Modified By Seri Bahasa Proud To Be A Kinabatangan Blogger