Selamat Datang Diucapkan Kepada Semua Pengunjung Blog Ini Segala Komen Dan Saranan Teman Teman Amat Seri Hargai

Pantun Kasih


Kasih Lelaki

Cempedak tangkainya manis,
Tetak tengar dibakar jangan;
Sewaktu hendak mulutnya manis,
Boleh didengar dipakai jangan.

Buah langsat kuning mencelah,
Senduduk tidak berbunga lagi;
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.

Api-api unggunan kandis,
Tumpah damar di kulit tengar;
Laki-laki mulutnya manis,
Bila bersumpah jangan didengar.

Harung wangkang pergi ke Kedah,
Tidak saya ke Jawa lagi;
Tanjung dan teluk lagikan berubah,
Inikan pula hati lelaki.

Dari Bentan ke Tanjung Kandis,
Belayar dengan angin utara;
Bila di depan mukanya manis,
Balik belakang lain bicara.

Jalan-jalan di atas karang,
Ada balai di pinggir kali;
Main cinta jangan kepalang,
Baik difikir seribu kali.


Kasih Perempuan

Dekat selasih merak melayang,
Mata kucing dalam petak;
Adakah kasih saya tak sayang,
Kerana miskin puan tak nampak.

Anak itik berenang balik,
Menyelam takut akan lemas;
Saya tanam budi yang baik,
Puan tetap memandang emas.

Anak Cna pergi berjudi,
Judi mari tanah seberang;
Penat saya menabur budi,
Budi tidak dipandang orang.

Banyak orang di Bukit Cina,
Sayang Cik Ali menebang kayu;
Bagi puan ringgit berguna,
Budi saya terbuang lalu.

10 Pandangan:

thomas November 05, 2011  

Di zaman Hang Li Poh dulu ramailah org kat Bukit Cina,
sekarang ni tinggal kubur sahaja.
Heh!heh!

EmpayarUtama November 05, 2011  

hehe yang ini aku tak pandai nak komen

Yastro November 07, 2011  

kasih laki dan kasih pompuann....semoga pas ni x de la beza laki dan pompuan

LadyBird November 07, 2011  

slmt hr raya :D.. smg sihat2 sokmo...

Aplikasi Windows November 09, 2011  

waw... keren pantunnya... (Y)

SeputihSalju November 12, 2011  

slm perkenalan... follow sini.. erkk, bab2 pantun ni memmag saya lemah...hihihi

Deganshah Putra November 19, 2011  

bagus pantunnya sob :)

rockmanticks November 20, 2011  

bagus sob,oz follow balik ea..saya dah folow blog sobat

blog-tips-kurus November 25, 2011  

nak kena balas ke ni? hihi!

Tissot Watches Mac 03, 2012  

Così difficile voglio solo gente che guarda verso il basso, zitto
Monster Beats
discount Beats By Dre
beats by dre
Beats By Dre Teams Logo

Teman Setia

This Blog Is Proudly Sponsored By SURF7 Template Modified By Seri Bahasa Proud To Be A Kinabatangan Blogger