Selamat Datang Diucapkan Kepada Semua Pengunjung Blog Ini Segala Komen Dan Saranan Teman Teman Amat Seri Hargai

Inilah Idolaku

Ketika ramai mereka-mereka mengangkat idola dari kalangan selebriti luar negara, seri rasa mereka tak pernah pun jumpa. Kalau jumpa pun para selebriti nak tegur kita ke…harap-harap begitulah hendaknya.

Di Malaysia tidak kurang mereka-mereka yang hebat, tidak keterlaluan kalau ada yang melebihi dari selebriti luar negara. Tidak percaya, nanti seri buktikan siapa-siapa mereka.

Di akui sebagai salah seorang ketua negara terbaik di Asia. Pemimpin islam yang berani menyuarakan ketidakpuasan layanan berat sebelah blok barat terhadap negara-negara islam.

Tun Dr. Mahathir Mohammad (Mantan PM Ke4 Malaysia)

Pahlawan lagenda Melaka yang ampuh kerana Keris Taming Sari. Terkenal di seluruh antero dunia bukan kerana kegagahannya, tapi kerana kesetiaan yang tidak berbelahbagi terhadap rajanya.

Hang Tuah

Kalau rakyat Malaysia tidak kenal, memang dia bukan rakyat Malaysia. Seorang pengarah, pelakon, penulis script, penulis lirik lagu, penyanyi, pemuzik. Setakat ini belum lagi ada kalangan artis yang mampu mengikut jejak langkah allahyarham.

Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

Dikenali sebagai “Elvis of Malaysia”, “Singing Laywer” dan “People’s Singer”. Dengar lagunya, budak kecil pun dah tahu siapa penyanyinya. Seorang yang sungguh “versatile” ketika membuat persembahan live. Lagu-lagunya sentiasa segar hingga kehari ini.

Allahyarham Sudirman Hj. Arshad


Inilah 4 permata milik Malaysia yang sungguh berharga. Kita sebagai rakyat harus berbangga kerana mereka adalah sebahagian dari kita. Sentiasa mengharumkan nama negara walau dimana saja.

18 Pandangan:

caliph shuriken Disember 08, 2011  

mantan pm tu mmg berani & masih dihormati hingga kini oleh kawan & lawan ^^

kakyon Disember 08, 2011  

mantan pm tiada tandingannya..semuga beliau sentiasa sihat dan terus memberi idea bernasnya demi kesejahteraan kita semua..

Yastro Disember 08, 2011  

Paling yas respek mmg kat mantan pm...ada jumpa beberapa kali, still nampak sihat lagi spt biasa.

krole Disember 08, 2011  

mantan PM tidak ada gantinya..seorang yang berwibawa dan berpandangan jauh dalam urusannya...mementingkan rakyat...

tehr Disember 08, 2011  

tiba2 pulak teringat lagu 'terasing' nyanyian sudirman

Khairil Disember 08, 2011  

bagi saya dr. M is the legend...

Cheqna Disember 09, 2011  

Finally dapat jumpa Tun Dr M and salam last year masa satu function kat KL, sanggup ambil cuti tu..hehe...dan terharu masa penganjur menyediakan klip video dengan lagu "Warisan" nyanyian arwah Sudirman. Alhamdulillah kerana diberikan pemimpin yang menyebabkan kita tidak berasa kerdil.

Semoga semangat kepahlawanan dan kesetiaan dapat disemai dan diteruskan.

Yang masih minat dengan lagu dan filem2 arwah P.Ramlee..hehe,

:-)





:-)

xDer Disember 09, 2011  

mantan PM kita xde tolok tandingnya. yg ada skg cuma "imbuhan" dari usaha beliau. mentality yg membuatkan jurang perbezaan.. semoga satu hari nanti ada pengganti yg mampu meletakkan dirinya setanding dengan beliau :)

EmpayarUtama Disember 10, 2011  

ramai juga idola kamu hehe

blogtilldrop Disember 10, 2011  

banyak idea dan wawasan kannnnn...nice blog u have...follow u ! nice..[blog2shout.blogspot.com]

dion Disember 10, 2011  

Mantan perdana mentri malysia itu hingga kini Harum namanya serta disegani

blog-tips-kurus Disember 11, 2011  

blog chedet dah lama tak update ye?

*mereka... :-)

GLace TIng Disember 11, 2011  

Hello, I visit and give your full support and please support me back. Thank you in advance.

Seri Bahasa Disember 12, 2011  

terimakasih semua...walau dah lama bersara, nampaknya mantan PM Ke4 kita masih menyengat lagi...memang sukar nak cari penganti beliau...

ps Disember 13, 2011  

GREAT POSTING.. SUKSES YA...

GLace TIng Disember 14, 2011  

This is nice post. I thank you very much.
Hello, I visit and give your full support ads and please support ads me back. Thank you in advance.

Teman Setia

This Blog Is Proudly Sponsored By SURF7 Template Modified By Seri Bahasa Proud To Be A Kinabatangan Blogger