Selamat Datang Diucapkan Kepada Semua Pengunjung Blog Ini Segala Komen Dan Saranan Teman Teman Amat Seri Hargai

Kerana US$ 0.99 Shoutmix Hilang Populariti

Tidak selamanya yang percuma itu akan kekal, bila sampai waktunya kita harus akur bila perhidmatan tersebut terpaksa kita bayar. Kita harus peka kepada keadaan, setiap perhidmatan yang memberi kepuasan kepada pelanggan sudah tentunya dikendalikan oleh para petugas. Dan khidmat para petugas ini sudah tentu tidak percuma melainkan dibayar gaji.

Shoutmix

Tanya diri sendiri, bila anda seorang bos memberikan perhidmatan secara percuma tapi terpaksa membayar gaji para pekerja, berapa lama anda dapat bertahan? Satu bulan, dua bulan atau lebih dari itu. Ini terpulang dari kekuatan kewangan anda, tapi sampai bila? Tapi kalau wang terus mengalir tanpa ada kemasukkan pasti tiada siapa yang mampu bertahan.

Siapa yang tidak kenal chatbox, sebuah aplikasi yang cukup populer di kalangan blogger. Bagi seorang newbie, chatbox apa jenama sekalipun ia adalah suatu kemestian dan harus dipasang di blog-blog mereka.

Ketika ini jenama Shoutmix dan CBox adalah chatbox yang menjadi pilihan para blogger. Selain mudah dipasang ia juga mempunyai ciri-ciri menarik selain mudah di ubahsuai mengikut citarasa penggunanya.

US$ 0.99 per bulan itulah yang harus dibayar oleh setiap pengguna chatbox jenama Shoutmix mulai 01/01/2012 jika mereka ingin terus menggunakan perhidmatannya. Sekarang sudah tentu ramai yang beralih ke alternatif lain terutama CBox. Jika Shoutmix sudah mengenakan caj perhidmatan, kita mulai sekarang harus lebih bersedia jika yang lain akan mengikuti jejak langkah Shoutmix.

Tukaran Semasa Matawang Asing: US$1.00 = RM3.18

22 Pandangan:

uncle hyree Disember 15, 2011  

tudia ..tahun depan shotmix dah kenakan bayaran hihihi .. nak tengok jugak sejauh mana dia bertahan, sebab pengguna ada alternatif lain, walaupun kotak chat lain tak sehebat shotbox, tapi kalau sudah ada lain yg percuma, guna jelah..dari tiada langsung ...

Nancy Poh Disember 15, 2011  

setuju dengan uncle hayree..kalau ada yg free, kenapa nak guna lg yg berbayar kan..kena tukar ke cbox la lps ni..

Yastro Disember 15, 2011  

Yas tak berapa kisah sangat ttg isu ni...kalau zaman memula berblog dulu mmg guna sesangat..la ni dah "kurang" minat kearah tu dah...
#Hmm....ishout yg yas guna tu x tau la apa citerr...senyapp jerrr

Hisyam Muhibah Disember 15, 2011  

pastinya chatbox alternatif akan menjadi pilihan.. shoutbox perlu terus giat menjadi sponsor untuk terus kekal mendapat sambutan. tak apalah kalau shoutbox nak letakkan banner sponsor dia pada shoutbox tu..

afzalsukasuki Disember 15, 2011  

tiga hengget lapan belas sen didarab setahun adalah tiga puluh lapan hengget dan enam belas sen.banyak tu.3x kepsi.weeeeee ~

gnesop.com Disember 15, 2011  

tunggu sampai byr baru nak buang...
pakai yg free lain plak,, hehehe

Polskahackrew Disember 15, 2011  

dah sama nilai dengan harga domain klu sewa setahun..huhu

thomas Disember 15, 2011  

mungkin utk publicity sahaja,lepas tarikh tu free balik?

cikguden Disember 15, 2011  

baru tahu pasal ni. ketinggalan sungguh. patutla ramai dah pakai chatbox.

lazaac Disember 15, 2011  

lazaac dah siap beli Chatbox premium, at least xla rasa rugi walaupun kena bayar jgak... lazaac ckp ni pun sbb lazaac pernah dan ada pengalaman menggunakan perkhidmatan ShoutMix premium, + - jer ngan yg lain2... jd kpd yg masih tercari-cari alternatif lain tu, ayuh kita gunakan Chatbox, yg free punya pun dah ok kowt...

Cheqna Disember 16, 2011  

Nampaknya kena cari alternative or go without one if semua berbayar..hehe..

:-)

BlogS of Hariyanto Disember 16, 2011  

kalau sudah not free its okey-lah, cari lagi FREE CBOX yang lainnya :-)

tehr Disember 16, 2011  

tak daya la nak bayar
kita guna yang free je

caliph shuriken Disember 16, 2011  

kena cari alternatif lain cmni, huh...

Deganshah Putra Disember 17, 2011  

untung masih ada yang gratis. siap siap ganti ah :D

titan Disember 18, 2011  

hoho..satu kemajuan bagi shoutmix.. :)

ghea Disember 19, 2011  

wah nice,,,terus berkarya gan...oya kalo boleh tukeran link ini link saya
http://blog.umy.ac.id/ghea
kalo sudah terpasang kabarin ya gan.. thx

EmpayarUtama Disember 21, 2011  

Alamak tertinggal bas aku nih. Ni nak gi pasang CBox cepat-cepat, k baiii... :)

kpah k-poh Disember 24, 2011  

ohh yeah.. kpah dah guna ishout...best.....yg penting free....

MaYa MustWany Disember 26, 2011  

wat masa ni bagi mas,fibox la ok .

duan Disember 27, 2011  

kawan2..mari kita pakai fibox, chatbox yang guna real time chat..memang best..cubala..nak tau contoh leh pergi ke blog saya..=)

Che Armad Januari 02, 2012  

Kesan dari Shoutmix berbayar... Ramai Blogger bertukar Shoutmix ke fixbox....


Rujuk Entri ini:
http://che-armad.blogspot.com/2012/01/info-kesan-dari-shoutmix-berbayar-ramai.html

Teman Setia

This Blog Is Proudly Sponsored By SURF7 Template Modified By Seri Bahasa Proud To Be A Kinabatangan Blogger