Selamat Datang Diucapkan Kepada Semua Pengunjung Blog Ini Segala Komen Dan Saranan Teman Teman Amat Seri Hargai

Siapa Wali Ketika Akad Nikah

Kerap kita mendengar berita di keratan akhbar, wanita sukar berkahwin tanpa kehadiran wali (Ayah Kandung), sehingga kadang memaksa pihak perempuan memasang iklan.

Masalah yang sering timbul bila ibubapa bercerai dan tidak menetap di satu kawasan. Yang lebih menyukarkan untuk dijejak bila sibapa berhijrah jauh tanpa alamat dan tidak pernah menjenguk anaknya.

Kadang perkara ini menimbulkan banyak masalah di pejabat agama. Hendak selesaikan pun kadang mengambil waktu. Persoalannya wajarkah peraturan ini dikekalkan sedangkan soal siapa wajib menjadi wali telah ditetapkan mengikut Hukum Syara jika ketiadaan "Bapa Kandung".

Susunan Wali Perempuan yang sah mengikut Hukum Syara:

01. Bapa Kandung
02. Datuk Sebelah Bapa Ke Atas
03. Adik Beradik Lelaki Seibu-Sebapa
04. Adik Beradik Lelaki Sebapa
05. Anak Saudara Lelaki Seibu-Sebapa
06. Anak Saudara Lelaki Sebapa
07. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Seibu-Sebapa
08. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Sebapa
09. Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-Sebapa
10. Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa
11. Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-Sebapa Dengan Datuknya
12. Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya
13. Moyang Saudara Sebelah Bapa Seibu-Sebapa Dengan Moyangnya
14. Moyang Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Moyangnya
15. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-Sebapa (Sepupu Lelaki)
16. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa (Sepupu Lelaki)
17. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-Sebapa
18. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa
19. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-Sebapa Dengan Datuknya
20. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya
21. Wali Hakim

Jangan Pandang Rendah Soal Siapa Jadi Wali?

Soalan: Si Polan berkahwin berwalikan "Saudara Lelaki Sebelah Bapa". Masalah timbul apabila Si Anu mempertikaikan wali perkahwinan, kerana pada sama Si Polan mempunyai "Saudara Lelaki Seibu Sebapa".

Jawapan: Perkahwinan Si Polan tidak sah. Dalam susunan wali hendaklah mengikut tertib di mana diambil wali akrab atau paling dekat dengan pengantin perempuan. Jika tiada, baru diambil dari susunan seterusnya. Si Polan tidak dikira berzina tetapi wajib akad semula dengan "Wali Yang Sah".

18 Pandangan:

| xDer | Disember 06, 2011  

good info :) baru je ptg tadi kami sekuarga bincang hal ni. cadangnya nak mengambil anak angkat (baby girl) thnx & izin share ye

Seri Bahasa Disember 06, 2011  

xDer@ anak angkat tak masalah cuma kalau nak kahwin atau meninggal (waktu sembahayang mayat dan baca talkin) nanti mesti guna nama bapa asal.

| xDer | Disember 06, 2011  

ye betul. yg penting biarlah pengetahuan sianak terhadap keluarga asal diketahui. jgn sorok2 sampai dah besar baru nak beritahu.. betul tak?

Nanie Disember 06, 2011  

inilah yang sentiasa menakutkan bakal pengantin..tapi alhamdulillah, insyaAllah tiba masa saya nanti tiada masalah..thx for info untuk semua yang lain :)

Nanie Disember 06, 2011  

minta permission nak copy..thanks :)

tehr Disember 06, 2011  

ikut je aturan yang ada
sebenarnya Islam tak menyusahkan umatnya

masalah timbul bila ada yang tak ikut aturan

Seri Bahasa Disember 06, 2011  

Nanie@ silakan...sama2 kita sharekan untuk teman-teman...

krole Disember 06, 2011  

islam itu mudah~menari wak...amat berguna info ini.

cardiacku Disember 06, 2011  

Terima kasih sahabat seri atas berbagi artikel yang bermanfaat ini.
Entry yang bagus.
Salam persahabatan dari Indonesia

amranaiman Disember 06, 2011  

perkongsian bagus :) penuh manfaat

Yastro Disember 07, 2011  

Baru je menjadi wali buat adik yas tempohhari...hehehe tak caye pun ader...sbb first time jadik wali masa tu...

blog-tips-kurus Disember 07, 2011  

tq seri. sangat bermanfaat. :-)

Animexited Disember 07, 2011  

HAve a nice day friend!!!visit me back!! http://animexited.blogspot.com

ghost writer Disember 07, 2011  

kadang kita sendiri yang malas nak amik tahu.

caliph shuriken Disember 08, 2011  

yup, btul tu.. folo turutan yg disediakan.. *klau nk kawen better bersedia drp awal, jgn last minute baru kecoh tercari2 wali, huh...

Deganshah Putra Disember 09, 2011  

Okeh info y seri. terima kasih

EmpayarUtama Disember 10, 2011  

kena ikut rukunnya. aku x berani nak komen bab yang aku tak arif...

HD Cafe Disember 13, 2011  

An awesome article, thanks for sharing it.

HD Cafe

Teman Setia

This Blog Is Proudly Sponsored By SURF7 Template Modified By Seri Bahasa Proud To Be A Kinabatangan Blogger