Selamat Datang Diucapkan Kepada Semua Pengunjung Blog Ini Segala Komen Dan Saranan Teman Teman Amat Seri Hargai

Hikmah Di Sebalik Prabayar Shoutmix

Ramai yang tidak percaya notis dari Shoutmix yang akan memberhentikan perhidmatan secara percuma chatbox mereka. Mereka anggap itu sebagai satu gurauan dan hingga akhir 31/12/2011 masih lagi ramai tidak mengindahkan apatah lagi berusaha untuk menukar chatbox mereka.

Kadang sukar untuk kita menjangka apa yang ada dalam fikiran mereka. Sedangkan masih banyak waktu, pilihan jenama chatbox juga bukan kurang yang ada untuk dipilih. Sudah tentu kata harus dikotakan, akhirnya pada 02/01/2012 semua akaun percuma Shoutmix ditamatkan perhidmatannya.

Tapi disebalik kemelut chatbox yang melanda para bloger ada hikmahnya. Suatu petanda baik, syabas kepada mereka-mereka yang berjaya mencipta beberapa chatbox sebagai alternatif kepada Shoutmix. Walau ada yang masih dalam bentuk beta dan ada yang belum berapa sempurna, tapi bagi seri ia cukup memadai.

Ada dua chatbox yang menarik perhatian seri, samada dari segi rekabentuknya atau kemudahan yang ditawarkan.

FiBox-Beta

Design yang menarik cuma masih dalam bentuk beta lagi. Tidak boleh tukar warna. Dua kelemahan yang ketara ialah kadang sukar hendak hantar message dan pada waktu puncak loading kadang lambat.

ShoutBusuk

Chatbox ini hampir memiliki semua ciri-ciri Shoutmix serta warna latar boleh diselaraskan. Prestasi sebenar belum boleh seri komen sebab buat masa ini belum ada kelemahan yang seri jumpa sebab masih baru.

Jika dilihat senario masakini, seri menjangkakan CBox yang seangkatan dengan Shoutmix sudah tentu suatu hari nanti akan mengikuti jejak langkah Shoutmix. Ini memandangkan chatbox banyak mempengaruhi blog seorang bloger terutama dari segi trafik. Apatah lagi chatbox adalah satu aplikasi yang harus dimiliki terutama bagi seorang newbie yang baru mula menjejaki kakinya di alam maya.

Kepada mereka yang berjaya mencipta chatbox sekali lagi tahniah seri ucapkan. Sokongan haruslah diberikan kepada mereka ini untuk terus maju kehadapan selain memperbaiki apa yang kurang demi kepuasan para pengguna.

24 Pandangan:

Polskahackrew Januari 04, 2012  

sy suka fibox.. tp fibox pula suka lag.. hehe..

harap2 pada masa akan datang fibox ni makin best,, klu x best jg.. guna cbox la jwbnya.. hehe

Yastro Januari 04, 2012  

Setakat ni c/box belum ada apa2 citer lagi kan seri?? selagi bole guna...bubuh pi jaaa...hahahaha

puteri kasih Januari 04, 2012  

puteri pun suka fibox..sebab tak perlu taip nama dan url banyak kali cuma ada masalah loading...oleh itu puteri letak fibox dan cbox kat blog..hehehe

thomas Januari 04, 2012  

Seri,
yg ni mcm mana
Shoutmix

kakyon Januari 04, 2012  

seri..
tukar cbox je..

AmirolAhmad Januari 04, 2012  

disebabkan itu, aku trus kritik shoutmix kt facebook fanpage ni dengan tnya apa matlamat diorang.. tapi nada elok la hehe bg diorang sedar skit

Seri Bahasa Januari 04, 2012  

Polskahackrew@ ni yg jd masalah...seri nak cilok pun susah tenet slow skrng...

Yastro@ harap2 gitu tp takde website locking...

puteri kasih@ tu satu yang seri suka sbb tak payah nak taip url setiap kali masok blog kenkawan...

thomas@ harap dia orang bagi free balik...ramailah yg senyum2 nnt...

AmirolAhmad@ harap mereka sedar kita pengguna ni ada yang susah...yg guna dot com tu tahun2 nak bayar...bil internet lagi...bil karan lagi...

Deganshah Putra Januari 04, 2012  

Patootlah cakap shoutbox saya lambat, ternyata seri lagi promosi hehe. warna tak jadi soal, nanti deh saya pake :D

tehr Januari 05, 2012  

terpaksa terima apa yang ada
tehramuan mungkin tak akan pasang apa2 kotak jerit lagi

xDer Januari 05, 2012  

betul! sokongan adalah harus dari pengguna sendiri. kena pulak kalo hasil buatan tempatan.. saya guna ShoutBusuk hehe

lazaac Januari 05, 2012  

lazaac guna chatbox.ws jer.. dah alang2 beli yg premium, pakai sampai habis tempoh la kowt, pastu tukar lg... hihi...

thumbdrive Januari 05, 2012  

useful info..thanks seri..

Koding Januari 05, 2012  

saya suka kalau orang guna fibix..
Sbb x perlu masukkan url dan nama..
Cuma perlu tulis mesej jer...

cardiacku Januari 05, 2012  

Saya akhirnya pindah ke cbox...

lazaac Januari 06, 2012  

susah giler nak signup shout ni, last2 sy stick jer ngan cbox..

blog-tips-kurus Januari 06, 2012  

fibox best!

ingatkan tipu2 je dulu... ;)

suzie rahman Januari 07, 2012  

fibox better than cbox.klu sume blogger gna cbox.pnt r nk taip.hihi

Hanif Januari 07, 2012  

fi box tu kadang2 saya lihat tetiba begerak laju2 dan susah nak tulis komen..

Muhammad Muchlis Januari 07, 2012  

saya pake Cbox .. hehe
coba lihat >> http://oraiseng.blogspot.com/2005/12/buku-tamu.html

Haw Januari 09, 2012  

sy sokong!.. utamakan produk tempatan

Hisyam Muhibah Januari 11, 2012  

haha ingatkan apa hikmahnya tadi :-) saya dah pasang Fibox....

KLIK SINI April 01, 2012  

Assalammualaikum kpd sesiapa yang berminat mencari wang saku sampingan secara online boleh kunjung kesini. Pendaftaran percuma. Anda hanya perlu klik iklan & jawab soalan mengenai produk tertentu berdasarkan manual online. Cukup untuk menampung bil internet anda atau dapat lebih lagi jika rajin. Hanya memerlukan pc &internet. Payment melalui pay pal atau cek

Teman Setia

This Blog Is Proudly Sponsored By SURF7 Template Modified By Seri Bahasa Proud To Be A Kinabatangan Blogger