Bila Sampai ke laut gading,
Belokkan perahu mencari selat.
Bila bertikaimdalam berunding,
Eloklah balik kepada adat.
Bila malang tidak dapat ditolak,
Inilah nasihat ayahanda dan bonda....
Genting jangan membawa putus,
Retak jangan membawa belah,
Sumbing jangan membawa pecah.
Ingat amanah Daripada Allah,
Ingat hubungan pertalian darah.
Silap besar elok diperkecilkan,
Yang kecil elok dilupakan.
Bila terlupa sapa menyapa,
Bila terlanjr tegur menegur.
Salah jangan dibesarkan,
Selisih jangan dipanjangkan.
Yang salah dibetulkan,
Yang bengkok diluruskan,
Yang keliru dilupakan.
Kalau bertengkar suami isteri,
Sama-sama menahan diri.
Jangan dibawa ke orang luar,
Orang luar banyak ragamnya,
Ada yang elok ada yang buruk,
Ada yang suka ada yang benci,
Salah-salah berpecah belah.
Kalau berlaku salah sengketa,
Suami isteri bantah membantah,
Duduk berunding lapangkan dada,
Tenangkan hati, panjangkan kira-kira.
Genting jangan memutuskan,
Sumbing jangan meluakkan,
Kering jangan menimpaskan,
Hilang jangan membinasakan,
Rugi jangan mematikan,
Harta jangan membutakan,
Wang jangan menggelapkan,
Kasih tidak mencelakakan,
Sayang tidak mencederakan.
Adat manusia banyak ragamnya,
Banyak pula kurang lebihnya.
Yang dikatakan manusia banyak gunanya,
Yang buta peniup lesung,
Yang pekak pemasang meriam,
Yang lumpuh penunggu jemuran,
Yang tua renta penunggu rumah,
Yang bodoh dapat disuruh,
Yang bebal dapat diajar.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
12 Pandangan:
ade pantun nasihat untuk adik-beradik/bff konflik tak? :-)
pantun nasihat yang baik tuk semua...tak kira adik beradik, kengkawan dan juga musuh....semoga ingat pd yg lebih berkuasa bila terjadinya konflik sesama sendiri.
memang ada cara merungkai kekusutan
asal mahu sahaja
kalau semua mahu berfikir
pasti tak ada sengketa
pantun...yang hebat sahabat...
semoga bermanfaat bagi yang baca
Cik Seri Bahasa,
Saya ada 'kekusutan' melayan karenah blog saya yang didatangi satu lagi masalah. Saya ada masalah untuk membalas ulasan/komen rakan blogger. Setiap kali hendak membalas blog akan kembali kpd http://xxxxblogspot.com/tml#comment form dan 'berpusing-pusing' tidak dapat menghantar komen balas.
Bagaimana cara hendak memulihkannya. Komputer atau blog sayakah yg ada masalah.
T.Kasih.
Cantik peringatan ni..indah berseri bahasanya.. tq Seri.
:-)
Pantun nasihat yang baik buat menjadi pembelajaran kita semua. terima kasih seri
2 jempol untuk pantunnya...yg pling mnari buat aq pantun tentang hubungan darah
Bila baca pantun Seri ni teringat kami adik beradik. Ada juga seliseh faham yg konflik, susah utk dilerai kerana menghormati ibu yang telah tua. Pendamkan saja, semoga tidak berpanjangan.
Silahkan cek dulu di blog saya ada kejutan buat Anda...
pantun nasehatnya sangat bermanfaat....thank for share...ditunggu update slanjutnya...
Mantap sekali sajaknya...
pantun yak?
sangat berisi + bermakna + penuh dengan hikmah...
Catat Ulasan