Selamat Datang Diucapkan Kepada Semua Pengunjung Blog Ini Segala Komen Dan Saranan Teman Teman Amat Seri Hargai

Gurindam Menyambut Menantu

Menyambut Menantu Lelaki

Kepada anakanda (sebut namanya),
Ayahanda dan bonda bertuah mendapat anakanda sebagai menantu.
Sekarang ayahanda dan bonda mendapat seorang lagi anak lelaki.
Dapatlah anakanda membantu ayahanda,
Sawah kita sudah lama terbiar,
Rumput dan menerung sudah tinggi,
Tikus dan ular sudah bersarang,
Kerbau kita sudah lama tidak membajak.

Ayahanda bonda sudah semakin tua,
Kehadiran anakanda sudah lama kami tungu-tunggu,
Selepas ini keluarga kita bertambah besar,
Bertambah ramai, bertambah meriah,
Dengan kehadiran anakanda,
Bertambah sedap nasi dimakan,
Bertambah manis air diminum.


Menyambut Menantu Perempuan

Kepada anakanda (sebut namanya),
Ayahanda dan bonda bertuah mendapat anakanda sebagai menantu.
Sekarang ayahanda dan bonda mendapat seorang lagi anak perempuan.
Dapatlah anakanda membantu bonda di dapur,
Mencuci kain di sungai,
Menyapu halaman,
Menyiram bunga di depan tangga.

Ayahanda bonda sudah semakin tua,
Kehadiran anakanda sudah lama kami tungu-tunggu,
Selepas ini keluarga kita bertambah besar,
Bertambah ramai, bertambah meriah,
Dengan kehadiran anakanda,
Bertambah sedap nasi dimakan,
Bertambah manis air diminum.

8 Pandangan:

S..U..D..@..I..S Februari 01, 2012  

sungai dah tercemar dengan kerja2 mencuri pasir
kayu tak boleh sesuka hati nak tebang

tentu susah menantu ayhnda nak buat kerja rumah

hehe...

Yastro Februari 01, 2012  

Kepada semua pasangan pengantin baru dan lama...sesuai sgt2 la kalau baca pantun gurindam nih....:)

Hendri Prastio Kurniawan Februari 02, 2012  

wah...asyik nih gurindam...mantap sob

Deganshah Putra Februari 02, 2012  

Nanti bila ane dah dapet mertua, baru cari menantu hehe

tehr Februari 02, 2012  

lambat lagi ni nak dapat menantu
hehe

eRDent Dental Journal Februari 02, 2012  

good poem (I think gurindam is same like poem, right?)

EmpayarUtama Februari 04, 2012  

Belum lagilah hehe..

Teman Setia

This Blog Is Proudly Sponsored By SURF7 Template Modified By Seri Bahasa Proud To Be A Kinabatangan Blogger