Selamat Datang Diucapkan Kepada Semua Pengunjung Blog Ini Segala Komen Dan Saranan Teman Teman Amat Seri Hargai

Berkongsi Nasib

Beli melur bunga selengar,
Tanya dahulu berapa harganya;
Ibarat telur penuh sesangkar,
Pecah satu pecah semuanya.

Orang Cina menjual daging,
Daging dijual berpikul-pikul;
Kalau ringan sama dijinjing,
Kalau berat sama dipikul.

Laut pasang air melimpah,
Rumah di pantai tiangnya basah;
Hati gajah sama dilapah,
Hati kuman sama dicecah.

Seberkas selilitan,
Seikat setalian.
Secembul sepergaulan,
Setakar seulian.

Sebaju sepakaian,
Senasib sepenanggungan,
Semangkuk sepiring makan,
Sebeban sepikulan,
Selapik seketiduran.

Makan sepinggan,
Minum secawan.
Duduk setiakr,
Tidur setilam.

Berdiri sama tinggi,
Duduk sama rendah.
Mengiring sama condong,
Baring sama panjang.

Hati gajah sama dilapah,
Hati nyamuk sama dicecah.
Kalau sedikit, secubit seorang,
Kalau banyak, sesenduk seorang.

Jangan sampai bak dikata...
Berakit berdua, karam seorang,
Modal sama dikongsi,
Rugi sama ditanggung,
Untung lain-lain.

15 Pandangan:

blog-tips-kurus Mac 07, 2012  

tinggi tak sama le. camne nak berdiri sama tinggi? huhu!

Blog Keperawatan Mac 07, 2012  

Pantunnya bagus sahabat...

Salam persahabatan dari Indonesia

caliph shuriken Mac 07, 2012  

u jump, i dont want, hukk...

A Mom Mac 07, 2012  

nice blog! glad to be here again!

Cheqna Mac 08, 2012  

Anak Kak Tun sayang itik,
Pantun-pantun yang cantik.



hehe.. :-)

cindelaras Mac 08, 2012  

kufikir berkongsi dalam perniagaan...
ternyata berkongsi membentuk keluarga, ya...??
:D

EmpayarUtama Mac 11, 2012  

Bila untung lain-lain kira tak senasib le...

duniasharing Mac 14, 2012  

bagus kang pantunnya, ane kurang bisa nih hehe

salam dan suport dari [DS]

bursaobatherbal Mac 14, 2012  

pantun berbahasa melayu sungguh susah qu mengerti ...nyimak aja ya sahabat....

Ayriy Zone Mac 14, 2012  

Nice post,, i like it,, success always my friend..

Indra Mac 15, 2012  

menarik sekali :)

Ruang Inspirasi Mac 19, 2012  

Meski sama berasal dari melayu, tapi beda bahasa juga beda makna. Teruslah berpantun kawan :)

Yas y Mac 22, 2012  

Pantun seni orang lama,
Semoga ianya tidak dilupa,
Biar berabad, bertahun lamanya,
Semoga subur berzamanlah ia...

#Buh jerrr...hehehe

anie April 13, 2012  

menarik sekali pantun seri

Teman Setia

This Blog Is Proudly Sponsored By SURF7 Template Modified By Seri Bahasa Proud To Be A Kinabatangan Blogger