Selamat Datang Diucapkan Kepada Semua Pengunjung Blog Ini Segala Komen Dan Saranan Teman Teman Amat Seri Hargai

Seksyen 114A Pindaan 2012 Kekal

Menteri di Jabatan Perdana Menteri menegaskan bahawa pindaan ke atas Seksyen 114A Akta Keterangan akan dikekalkan walau perkara itu menerima tentangan meluas daripada masyarakat sivil.


Dalam sidang media di Kuala Kangsar hari ini, Nazri berkata kerajaan membuat keputusan itu memandangkan pembangkang gagal menunjukkan kesungguhan untuk menentang pindaan terbabit.

"Kita akan terus kekalkan akta ini, lagipun mereka (pembangkang) tidak bersungguh-sungguh (dalam usaha) untuk membuat sebarang perubahan," katanya seperti dipetik Sinar Harian.

Sementara itu, Nazri dipetik Bernama sebagai berkata, tiada keperluan untuk mengkaji semula pindaan akta terbabit yang "memberi kepentingan untuk melindungi rakyat."

Akta tersebut dapat mengurus negara dengan baik selain menentang sebarang cubaan pihak tertentu yang mahu merosakkan negara, katanya lagi.

"Saya tidak teragak-agak untuk membentangkan rang undang-undang di Parlimen pada bulan April kerana saya fikir bahawa pindaan itu adalah untuk keselamatan negara," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini hari ini.

"Perkara ini telah dibentang pada April lepas dan telah dibahaskan selama 4 jam dan saya telah menjawab semua soalan yang dibangkitkan pembangkang.

"Mereka (pembangkang) tidak menentang habis-habisan perkara ini kerana mereka juga berpotensi menjadi mangsa," katanya seperti dipetik agensi berita itu.

Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/206919

PERINGATAN: Blog Seri Bahasa tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui blog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

7 Pandangan:

tehr Ogos 24, 2012  

ramai yang sokong dan ramai juga yang bantah
harap2 ia terbaik untuk semua

sedutzone Ogos 25, 2012  

yeah...keselamatan negara tanggungjawab bersama... peace...

Azriff Aziz Ogos 27, 2012  

waduh,,pasni,,blogers jangan tulis macam2,,nanti kena tangkap..huhuhu

zulham Ogos 28, 2012  

cari saja jalan keluar yang baik,...

Badren Awang Ogos 29, 2012  

apa pn..sokong or x sokong...semua yg kerajaan kita kena terima...pembangkang jea blh bantah.." kita mcm semut merah"...aku org kecil,engkau org besar....:mcm tu la nsb kita

sedutzone Ogos 29, 2012  

yiehaa... hapuskan cetak rompak... eh... silap tajuk ek?? heheheheh...

tour and travel surabaya September 09, 2012  

ditunggu postingan berikutnya yah..

Teman Setia

This Blog Is Proudly Sponsored By SURF7 Template Modified By Seri Bahasa Proud To Be A Kinabatangan Blogger