Selamat Datang Diucapkan Kepada Semua Pengunjung Blog Ini Segala Komen Dan Saranan Teman Teman Amat Seri Hargai

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2012 yang tidak lama lagi akan menjelang, seri mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua pengunjung yang sudi bertandang ke blog Seri Bahasa serta kepada mereka-mereka yang sentiasa memberi semangat kepada seri untuk terus wujud di alam blogosphere.

Kepada mereka yang pulang berhari raya mengunakan kenderaan sendiri, pandulah dengan cermat. Ingat kepada mereka yang tersayang. Pandu cermat jiwa selamat. Elakkan tangisan di Hari Mulia.


 
Syawal akhirnya menjelma,
Setelah sebulan Ramadhan;
Kepada rakan-rakan semua,
Selamat Hari Raya saya ucapkan.
 
Dingin di perigi waktu pagi,
Berkokok ayam ditengah laman;
Aidil fitri menjelma lagi,
Tamatlah ujian bagi yang beriman.
 
Disisir diandam dengan cekap,
Potong rambut pelbagai gaya;
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Kita menyambut Hari Raya.
 
Lemah lembut tuan puteri,
Berhias pandai cantik dipandang;
Meriah menyambut Aidilfitri,
Sahabat handai datang bertandang.
 
Demi semangat setiakawan,
Datang disambut tangan dihulurkan;
Adat insan dalam pergaulan,
Salah dan silap harap maafkan. 


Dengan Ingatan Tulus Ikhlas, Maaf Zahir Dan Bathin
Seri Bahasa

9 Pandangan:

izzati husna Ogos 16, 2012  

selamat hari raya seri

thomas Ogos 16, 2012  

Wishing you Selamat Hari Raya.

Koding Ogos 16, 2012  

Selamat menyambut kedatanagn aidilfitri...

caliph shuriken Ogos 18, 2012  

selamat hari raya & maaf zahir batin, seri ^^

Badren Awang Ogos 19, 2012  

SALAM ....PERGI KE KEDAI MMBELI KARI,SINGGAH SEBENTAR DI PASAR SARI,KALAU TUAN BIJAK BISTARI,ADAKAH ESK AIDIL FIRI???......

sALam sERi....aBAB NAK UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR N BATIN....

obat kuat Ogos 20, 2012  

Selamat hari raya idul fitri 1433H, minal aidin wal faidzin, mohon maaf lahir & batin...


By: (lemari arsip|peninggi badan)

mia liana Ogos 20, 2012  

selamat hari raya juga ya seri...

Imron Ogos 21, 2012  

Happy Idul Fitri Tuan Sri...

Mulianya emas jadi hiasan
Indah jemari memakai cincin
Khilafnya kami mohon ma'afkan
Ma'afkan kami lahir & Bathin

Teman Setia

This Blog Is Proudly Sponsored By SURF7 Template Modified By Seri Bahasa Proud To Be A Kinabatangan Blogger