Selamat Datang Diucapkan Kepada Semua Pengunjung Blog Ini Segala Komen Dan Saranan Teman Teman Amat Seri Hargai

Kiram III Menawarkan Kedaulatan Sulu Kepada Indonesia

Setelah memohon bantuan dari US, PBB dan OIC kini Kiram III beralih arah pula kepada Indonesia untuk menyelesaikan masalah tuntutan ke atas Sabah.

Menurut laporan media Indonesia iaitu Merdeka.com, Ketua penceroboh di Sabah iaitu Kiram III mengaku telah memohon pertolongan dari Presiden Indonesia didalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia di Sabah.

Kiram menggunakan alasan bahawa Indonesia juga mempunyai hak keatas Sabah dan Sarawak seperti yang ditulis dalam Perjanjian Mafilindo.

Menurut laporan portal berkenaan lagi, Kiram III juga menawarkan kedaulatan Sulu kepada Indonesia jika pihak republik berkenaan mampu membantu Kesultanan Sulu merampas Sabah dari Malaysia.

Apa kuasa dan hak Kiram III  mahu menyerahkan kedaulatan negeri Sabah kepada Indonesia. Disini sudah jelas Kiram III seorang yang gila kuasa. Dia lupa sejarah atau tidak pernah belajar sejarah. Hampir 40 peratus rakyat Malaysia berasal-usul dari Indonesia dan ada yang masih mengekalkan tali-ikatan persaudaraan dengan masyarakat di Indonesia.

Ironiknya Sabah milik siapa?

Siapa kata Sabah milik nenek moyang kesultanan  sulu. Sejarah tertulis kesultanan brunei yang bertanggungjawab menyerahkan Sabah kepada kesultanan sulu.

Bererti pada waktu itu Sabah ialah tanah jajahan kesultanan sulu. Dari segi hak, penduduk pribumi Sabah melebihi segala-galanya ke atas tanah Sabah berbanding kesultanan sulu. Bila Sabah merdeka melalui Malaysia atas kehendak rakyatnya sendiri maka hak kesultanan  sulu keatas Sabah juga terhapus secara automatik.

5 Pandangan:

thomas Mac 18, 2013  

Bertambah gila Sultan ni,memang tak patut dihapuskan saki baki yg masih ada.

Faridzuan Mac 20, 2013  

Oh my, moga krisis ini berakhir. Saya dah tak tahan nak mengalirkan air mata setiap kali tonton slot wira-wira negara yang terkorban di TV.

Sop Nama Saya Mac 21, 2013  

macam2 bila dah terdesak

Nina Maslizza Mac 26, 2013  

mcm tiada ilmu...mcm mna la boleh d iktiraf sbgai sultan..sabah milik sultan sulu ka apa,y aq tau, bapa ku beli dri SESEORANG. Kalau mau beli balik. (itu pun klu mw d jual ~ tak kan punya)

Mi Kael April 12, 2013  

adakah indonesia akan ambil kesempatan???

Teman Setia

This Blog Is Proudly Sponsored By SURF7 Template Modified By Seri Bahasa Proud To Be A Kinabatangan Blogger