Selamat Datang Diucapkan Kepada Semua Pengunjung Blog Ini Segala Komen Dan Saranan Teman Teman Amat Seri Hargai

Serangan Ke Atas Penceroboh Di Lahad Datu Di Lancarkan

Twitter BH melaporkan bahawa pasukan keselamatan melancarkan serangan terhadap kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu. Hal ini didedahkan oleh  Perdana Menteri dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Jet pejuang turut juga digunakan dalam serangan tersebut. Kedengaran beberapa letupan bom dipercayai daripada jet pejuang tentera dijatuhkan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah yang menjadi lokasi persembunyian kumpulan penceroboh dari Selatan Filipina.

Sejak pukul 7 pagi tadi, kedengaran empat kali bunyi bom dari hotel wartawan yang membuat liputan yang terletak kira-kira 20 km dari lokasi kejadian.

Perdana Menteri berkata kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaultan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat memandangkan usaha kerajaan menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.

“Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia, khususnya di Sabah, bimbangkan keselamatan mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Najib berkata pada hari Jumaat lepas, penceroboh kumpulan bersenjata dari selatan Filipina yang mendakwa diri sebagai “Tentera Sulu” di Sabah itu telah melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terbunuh, sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna.

“ Setelah serangan yang pertama, saya telah menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan pihak berkuasa negara ini akan bertindak,” katanya.

Najib berkata sejak pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada Feb 12 lepas, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah.

” Pihak polis telah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius, “ katanya.

Najib berkata sebagai negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik scara perundingan, usaha untuk mengelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.

“Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah,” katanya.

5 Pandangan:

loveheaven07 Mac 05, 2013  

semoga kerusuhan di Sabah akan segera teratasi,ditunggu bertita selanjudnya

Mohd Ridzwan Abdullah Mac 05, 2013  

semoga keadaan kembali seperti sedia kala...

Tanpa Nama,  Mac 05, 2013  

Hοwԁу ϳuѕt wanted to give yоu
a quicκ hеаds up. The worԁѕ in уour article sеem to be running off the scгeen in Οpera.
I'm not sure if this is a formatting issue or something to do with browser compatibility but I thought I'd pοst to
lеt you know. Thе lаyоut lοok great
thοugh! Hopе you get the issue
fіxeԁ ѕoоn. Mаnу thаnkѕ

My web ѕite ... %anchor_teхt%

Noor Mala Shahar Mac 11, 2013  

semoga Allah melindungi orang2 yang tidak bersalah dan aman kembali di sana....



http://www.noormalashahar.blogspot.com

http://www.noormalashahar.com

Puteri Kasih Mac 13, 2013  

mudah-mudahan keadaan kembali aman kat sana

Teman Setia

This Blog Is Proudly Sponsored By SURF7 Template Modified By Seri Bahasa Proud To Be A Kinabatangan Blogger